Wednesday, April 30, 2014

Bahasa jepun untuk traveller

Dengan niat hati yang tulus ikhlas maka aku nak ajak korang belajar beberapa ayat jepun yang korang boleh guna kat sana...ayat yang simple je.so korang boleh ingat..

sempat la aku buat live komik..haha...tujuannya, sebab entri kali ni cam kosong sangat.....at least ada satu dua gambar kira ok la kan..hope beberapa patah ayat ni dapat bantu korang....haha..

CAUTION:  SEMUA GAMBAR LIVE COMIC BERKENAAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN DAH MATI...HEHE


untungla orang utara sebab pertanyaan dalam bahasa jepun semuanya berakhir dengan -ka....sama mcm bahasa utara....HANG OK KA?CAMTU KA?..hehe. so diorang ni lebih mudah belajar bahasa jepun sbb dah familiar...hehe

jom belajar nihongo (nihon = jepun, go = bahasa)


konnichiwa
Hello/hai

anatano namaewa nan desu ka? (formal)
siapakah nama awak?

onamaewa? (tidak formal)
nama awak ?


watashi no namae wa..............desu
nama saya ialah ..........

ogenki desu ka?
awak apa khabar?

genki desu
khabar baik

genki de wa arimasen
saya tak berapa baik

o ikutsu desu ka?
berapa umur awak

watashiwa .......sai desu
saya.......tahun

dochira kara kimashita ka?
awak berasal dari mana

.............kara kimashita
saya berasal dari............

doko ni ikundesuka?
awak nak pergi kemana?

mata aimashoo
jumpa lagi nanti

omedetoo
tahniah

ohayoo
selamat pagi

konnichiwa
selamat tengah hari

konbanwa
selamat petang

doko de kaimono shimasuka?
dimanakah tempat shopping

.......o kudasai
saya nak beli.........

nani iro wo motte imasuka?
warna apa lagi yang ada


kore wo kaitai desu
saya nak beli yang ini

ikura desu ka?
berapakah harganya?

waribiki shite kure masen ka?
boleh awak bagi diskaun tak?

tasukette kudasai
tolong saya

daijyobu desu ka?
awak ok ke

kalau korang nak order makanan,yang paling selamat korang bagitau je korang vegitarian dan tak minum sake...pastu tunjuk menu tu kat pelayan kedai.


watashi wa bejitarian desu
saya vegetarian
sake wo nomimasen
saya tak minum arak

niku wo tabemasen
saya tak makan daging

kalau ada kecemasan, korang perlu hubungi local polis ke, ambulance ke, doktor ke..korang jerit je ayat di bawah ni.

kyukyusha o yonde kudasai
tolong hubungi ambulans

isha o yonde
tolong panggilkan doktor

keisatsu o yonde
tolong panggilkan polis

michini mayoi mashita
saya sesat

pasupouto o nakushimashita
pasport saya telah hilang

kalau korang nak memulakan pertanyaan boleh mula dengan "sumimasen" ...pastu tanya la apa pun.

sumimasen
excuse me

gomen
sorry

arigato
terima kasih

watashi
saya

nak baca kisah aku di kyoto klik sini
nak tahu makanan halal di jepun klik sini

Tuesday, April 22, 2014

kisah aku di kyoto part 3

...so hari ni aku nak sambung cerita kat kyoto...actually aku pun dah ingat2 lupa sbb lama sangat..haha...sebab tu aku nak go thru benda yang aku ingat je....begini ceritanya:

lepas je aku keluar dari lawson tu aku pun bertolak ke KIYOMIZUDERA..roomate TAIWAN aku kata kiyomizudera ni cantik GILA...so aku dengan excitednya terus la gi cari bus...wait!! mana BUS STOP. depan J-HOPPER mmg ada bus stop...so aku pun jalan ngan R ke sana,lintas jalan je pun...bus stop tu kecik je..sampai je kat bus stop tu aku nampak tulisan cam notis berbunyi "tempat ini telah berpindah ke bla...bla (alamat jepun) ).notis tu dalam inggeris...aku pandang kawan aku

aku: weh TEMPAT INI  tu, bus stop ni ke...takkan bus stop boleh pindah kot?!
R: takkan kot?..maybe notis kedai belakang ni kot , angin tiup then ada orang lekat balik kat bus stop ni..
aku: logik juga kan..haha..
so kami pun tunggu la...selepas 30 minit...masih tak ada bus...
aku: kenapa tak de bus ni R?orang jepun kan puntual?
R:aku pun tak tau...kau try la tanya org?
aku: ok gak...tapi...jujur cakap, aku tak tau perkataan PINDAH dalam japanese?BAHASA JEPUN aku tahap BUDAK TADIKA je.cadangan aku, baik kita tanya je dalam inggeris.

so kami pun jalan pastu jumpa satu GROUP geng pelancong MALAYSIA...terusla kami beramah mesra dan tanya kat mana bus stop...dekat je pun...

sampai je bus stop, mmg dia ada tulis number bus dan destinasi (sorry la aku lupa no bus nak ke kiyomizudera tu)..bus datang then kami naik...actually bus stop kat kyoto ni spesial sikit...sebab ada papan tanda untuk track bus secara automatik.cam gambar kat bawah ni




contoh gambar bus stop...gambar ni kat bus stop area kyoto station...ok..please beratur ye...jangan main redah macam kat MESIA.


automated bus traking system board (canggih weh)

so aku pastikan no bus aku, then tunggu...bila naik je atas bus...aku duduk...turun nanti baru aku tunjuk kansai pass aku tu...korang juga boleh  touch ICOCA CARD (masa naik) kalau tak beli kansai pass tu...kat kyoto ni, kita masuk bus dari pintu tengah dan turun dari pintu depan. design bus dia camni:


label bus...entri dari tengah ye


contoh bus ke tofukuji

bus sampai, then aku naik....tapi aku risau gak sebab tak tahu nak turun bus stop yang mana satu..tetiba je bus tu buat pengumuman dalam bahasa jepun dan inggeris" kiyomizudera temple, please get down here"...lega la sebab ada pengumuman rupanya...lagipun dalam bus mmg ada papan elektronik menunjukkan kita dah kat mana sekarang...canggihkan..walaupun bus dia agak buruk la...haha.

pemandu bus dia pakai UNIFORM LENGKAP dan sangat PROFESIONAL...

aku turun dan melawat KIYOMIZUDERA...kena naik bukit sikit baru la sampai kat temple tu...bayaran masuk 400yen...temple ni under UNESCO kalau tak silap aku.mmg superb.cam gambar kat bawah ni:

gambar hasil GOOGLE-lan aku...why aku google...sbb imposible nak ambil gambar dari posisi ni...

pastu aku terus ke bus stop sebab nak gi ke GINKAKUJI..masa tunggu bus tu aku dah tertanya2...berapa no bus nak ke Ginkakuji ni...untuk kepastian aku rujuk board dan tanya pada lelaki jepun kat sebelah aku.

aku: ano...basu Kinkakuji wa...number..nani? haha...teruknya japanese aku.
aku: ermm...bas..ke Kinkakuji...number...apa? haha...teruknya japanese aku.
aku nak pergi GINKAKUJI SEBENARNYA tapi disini aku tersebut KINKAKUJI
lelaki bus stop: sorry...im not japanese...im korean
laaa...rupanya orang korea..fasih pulak bahasa inggeris dia...laki korea ni pegang camera superb punya...DSLR yang POWER.
aku: so..are you a PHOTOGRAPHER...?
lelaki korea bus stop: No..no..haha...im just a tourist.where are you from.
aku: im from MALAYSIA..so you are from Korean ..where? i mean which part?
lelaki korea bus stop: im from busan...

so aku pun berbual-bual dengan lelaki busan tersebut...pastu bus sampai.pastu kami nak naik...unfortunately, bus dah penuh.hanya lelaki busan tu je sempat naik...pastu kan....

lelaki busan tu turun dari bus dan suruh kami naik dulu...GENTLEMAN KAN....pastu aku kedepan sikit.so lelaki busan tu pun berjaya naik.

Moralnya : kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita.so korang jangan sombong bila melawat jepun.korang jadi super peramah cam aku.hentam je inggeris ke, japanese ke...lebih kurang tu ok la...haha.

sampai je Ginkakuji...ye GINKAKUJI...tapi aku dengan R sampai ke KINKAKUJI pula...kami tersilap naik bus (memang dari mula lagi kami memang tersilap...haha)...haha..tu la nama tempat lebih kurang sama...kami terkejut sebab sampai tempat yang salah...salah aku juga sebab tak tengok betul...alang-alang dah sampai masuk je la.sebenarnya plan nak gi KINKAKUJI esok.

serius cakap...KINKAKUJI ni memang cantik...bayaran masuk 400 yen...sebaik masuk je dalam kawasan temple tu, R cakap dia nak solat jap.so kami gi toilet ambik wuduk...then cari tempat sesuai untuk solat...kami tgk ada bangunan cam x ramai orang lawat je..so kami solat kat area taman kat bangunan tu...ada beberapa orang jepun lalu, tengok,diaorang rasa pelik...tapi tak tanya....diorang ignore je kami.

selesai solat, kami teruskan perjalanan melawat kinkakuiji, jalan tak jauh pun...mmg cantik sgt..aku gaduh ngan R masa ni sebab dia ambik gambar aku kabur je...aku ambik gambar dia cun je..tak adil la kan...hehe..


(KINKAKUJI TEMPLE) KIN tu maksudnya GOLD

puas bergaduh kami teruskan perjalanan, sampai ke kedai sourvenier... R nak masuk, aku dok luar je sbb takut terGODA untuk menghabiskan duit plak...kat area kedai ni aku nampak banyak budak lelaki pakai baju sekolah dan diorang semua cakap KOREA.banyaknya orang KOREA kat jepun ni...sebenarnya aku still tak dapat beza antara orang KOREA, JEPUN dan CHINA...SILLY ME.

balik je dari KINKAKUJI mood R masih tak baik....

aku: Nak gi mana pas ni?
R: ermmm....aku nak TAKOYAKI..
aku: ok2...jom cari....
R: eh tu DAISO kan....jom kita singgah (MOOD dia dah ok bila nampak DAISO)
aku: ok2

kami masuk DAISO tu ada 2 tingkat , semua barang 100Y je...best sangat..MACAM2 ADA.Daiso kat Mesia ok jugak...tapi yang ni lagi BEST. DAISO ni dekat NISHIOJI NANAJO...keluar dari daiso kami pun jalan-jalan cari gerai TAKOYAKI...masa tu dalam pukul 6 petang.dah malam kat sana.kami sebenarnya GAMBLE je jalan-jalan area ni.sebab kawasan ni bukannya kawasan TOURIST...jalan punya jalan... akhirnya jumpa kedai takoyaki.

kedai takoyaki ni kecik gila....well kami pun masuk dalam...

kedai makcik takoyaki yg ceria

dalam kedai tu ada seorang pelanggan lelaki..rasa umor pelanggan tersebut maybe pertengahan 30...

aku: obasan...takoyaki futatsu
aku: makcik..takoyaki dua
cewah...aku order cam kat mesia pulak
obasan: two??
aku: yes...two (makcik tu pandai gak cakap EIGO pulak (eigo tu maksudnya bahasa ingeris)

tiba-tiba, aku terpandang pelanggan lelaki tersebut, aku tunduk.dia tunduk balik pastu dia mula bersembang dengan aku dan R.macam2 kami sembang dengan dia ..sepatah..sepatah dia cakap...untuk memastikan aku faham...haha.

pelanggan jepun ni...aku panggil dia ONIISAN (abang) langsung tak boleh cakap english...dia cakap kat aku...dia menyesal tak belajar bahasa inggeris betul-betul masa sekolah dulu (sambil ketuk2 kepala dia)...kami semua ketawa RIANG...termasuk makcik takoyaki yang terdengar perbualan kami. Disebabkan Oniisan ni terlalu happy agaknya, dia cakap kat makcik tu dia nak belanja kami.

aku pun apa lagi terus ucap ARIGATO. ye la FREE weh...sapa tak suka...haha.


gambar makcik takoyaki

Oniisan tu kata kami ni SHIORI NO MEGAMI.apa tu?? kalau korang nak tau just GOOGLE IT.kalau google tapi tak jumpa jugak...boleh tanya aku....haha.

ok la tu..aku dah penat menaip....lain kali la aku sambung seterusnya...

nak tau cerita sebelum ni KLIK SINI

Saturday, April 5, 2014

Makanan halal di Jepun

Hujung minggu ni sempat la aku curi masa sikit untuk menulis post pasal makanan halal di jepun. at least bila korang pergi jepun nanti tak de lah kelaparan or kempunan tak dapat makan makanan yang korang teringin sangat kan...lagipun bila kat tempat baru mestila kita nak rasa makanan diorang kan...nak tau juga apa beza makanan jepun sebenar dengan makanan jepun kat MESIA kan...well semua info makanan halal ni aku ambik daripada persatuan persaudaraan muslim indonesia-jepun.laman webnya KLIK SINI

Semua senarai barangan halal di bawah adalah hasil daripada pertanyaan kepada beberapa syarikat makanan terlibat dan juga makanan yang disahkan oleh persatuan islam Nagoya.

MAKANAN GERAI/RESTOREN JEPUN

HALAL

  • takoyaki

  • okonomiyaki (telur dan kobis tanpa daging)

  • sushi


pastikan kicap/cuka yg digunakan dalam makanan diatas tidak mengandungi alkohol.check jenis kicap KLIK SINI

MAKANAN DI SPEEDMART/LAWSON

HALAL
  • onigiri ( selain perisa ayam dan daging)
  • roti ( terpilih mengikut rujukan label)
  • roti di speedmart YAMAZAKI mengandungi shortening haiwan dalam rotinya (haram)

MAKANAN SEGERA

Daging dan Ayam adalah haram kerana tidak disembelih.

HALAL


Lotteria : Burger udang, kentang,pai epal
  • Minyak sayuran digunakan untuk burger udang , kentang dan pai epal. Shortening terkandung dalam roti burger untuk dibuat dengan hanya minyak sayuran

Kentucky: burger ikan, kentang, pai epal
  • Minyak sayuran digunakan untuk ikan , kentang ' dan pai epal dipisahkan daripada ayam goreng. Shortening terkandung roti burger dibuat dengan hanya minyak sayuran.

  • Mr.Donut : ANGEL FRENCH, CHOCO CUSTARD FRENCH, STRAWBERRY CUSTARD FRENCH, OLD FASHION, CHOCO OLD FASHION, HOME CUT, CINNAMON PLAIN CURLER.
BISKUT


HALAL

  • NABISCO: Mrs.Garette, Lemon pufft'
  • TOHATO:Karasumugi Cookie (Almond, Chocochip), Harvest (Almond), Salty Sesame, Salty Butter
  • MEIJI:Butter Cookie, Honey and Butter Cookie, Fruit sandwiched Cookie, Jam sandwiched Cookie, Rich & Rich, Calcuit
  • MEIJI MCBITY : Digestive Biscuit,  chocolate Biscuit, Cheddar Cheese.
  • LOTTE:Pie-no-mi, Chococo, Koala-no-March
  • NISSHIN:Butter Cocconut, Butter Cocconut Chocolate

CHIP/BISKUT CHIP

HALAL

Glico (グリコ)
  • plits (Roast, Pizza)

Nabisco (ナビスコ)
  • Petit Corn

  • Chip Star.
Calbee (カルビー)
  • Kappa-Ebisen
  • Potato Chips
  • Sapporo Potato, Vegetable
Meiji (明治)
  • Carl (Cheese)
  • Pick Up
House (ハウス)
  • Tongari Corn
  • Jack
Koikeya
  • Polinky (Mild Corn)
  • Karamucho
Tohato
  • Yaki-ika
  • Yaki-ebi
  • Karapurco
  • Nagewa
  • Potaco
ROTI

HALAL


SHIKISHIMA
  • Soft & Soft
  • Sonomamma-Toast
  • Fancy Brown
MEE SEGERA

HALAL

Nisshin
  • Nisshin Yakisoba
  • Donbei-Kitsune (Mini)
Toyo-suisan
  • Maruchan Yakiudon (Sauce)
  • Akai-Kitsune
  • Midori-no-Tanuki
Sugakiya
  • Tempura-udon
  • Yakiudon (Sauce)

YOUGURTS 

HALAL

 SEMUA PERISA YOUGURT JENAMA BURUGARIA




ICE CREAM
HALAL

 SEMUA PERISA  ICE CREAM PARM HALAL KECUALI PERISA RUM RAISIN


SEMUA ICE CREAM PERISA JENAMA PINO
ICE CREAM JENAMA TOP VALUE


PERHATIAN

TULISAN WARNA MERAH MENUNJUKKAN MAKANAN YANG HARAM

  • di namba, osaka ada kedai turki yang menjual makanan, insyaallah halal.
  • baca label/komposisi makanan yang hendak dibeli..pastikan ia tidak mempunyai simbol tulisan:

豚肉 – daging babi
鳥肉 –daging ayam
牛肉 – daging lembu
-arak sake
ワイン-wine 
みりん-arak sake merah 
 乳化財-Nyuukazai (EMULSIFIER DARI HAIWAN: selalunya pada roti)
semua makanan yang mempunyai bahan bersimbol diatas adalah HARAM

maklumat lanjut KLIK SINI

laman web lain berguna untuk rujukan makanan halal


Laman Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ)
Web Page Halal IPIJ
http://halal.ipij.info/

nak tahu kisah aku di jepun KLIK SINI

nak tahu pengankutan di jepun KLIK SINI

nak tahu intenerari aku di kansai KLIK SINI

Tuesday, March 25, 2014

itinerary kansai, jepun 10 hari 9 malam

Hari ni aku agak berkelapangan sikit so hari ni aku nak kongsi itinerary aku ke kansai selama 10 hari.korang boleh la buat rujukan kalau korang nak pergi area kansai or secara spesifiknya kyoto,osaka dan nara.


Laluan tori di Fushimi Inari shrine

hari pertama: KL-Osaka (KIX airport)
  • KIX airport-kyoto : Train Haruka 
  • check in hostel : J- Hoppers kyoto hostel (4 mlm)
  • berbasikal ke tofukuji temple

hari kedua: Kyoto
  • kiyomizudera
  • mendaki Fushimi inari
  • Kinkakuji
  • makan takoyaki kat area nishioji nanajo
  • beli figure/model kat Volks Hobby Square Kyoto klik sini

hari ketiga: kyoto
  • ginkakuji
  • berbasikal/romantik train di seluruh kawasan arashiyama

hari keempat: kyoto
  • eikando
  • gion
  • kyoto imperial palace
  • kitano tenmangu ilumination


hari kelima: kyoto-nara
  • bertolak ke nara
  • check in ryokan : guest house tamura (2 mlm)
  • todaiji temple

hari keenam: nara, osaka
berbasikal ke:
  • nara park
  • nara museum
  • kasuga shrine
  • bertolak ke osaka: den-den town di osaka or dikenali juga sebagai bandar otaku (sbb ada promotion hebat setiap ahad)

hari ketujuh: nara-osaka
  • nara ke osaka
  • check in hostel: osaka hana (3 mlm)
  • namba
  • tennouji zoo
  • osaka castle
  • osaka museum of housing and living

hari kelapan: osaka
  • cruise kapal santa maria
  • Tempozan Giant Ferris Wheel
  • Tombori River Cruise
  • namba (lagi sekali)
  • mino park

hari kesembilan: osaka 
  • Floating Garden Observatory
  • HEP FIVE Ferris Wheel
  • Tsutenkaku Tower
  • namba (shopping souvenier)
  • Captain Line (tak sempat naik)
  • Natural hot spring Naniwa no Yu (tidak sempat pergi)

hari kesepuluh:
  • balik (KIX airport-KL)
  • osaka-KIX airport (train haruka)
NAK BACA KISAH AKU DI KYOTO KLIK SINI




Kisah Aku Di kyoto Part 2

Tahun ni aku memang sibuk...balik je daripada jepun tahun lepas terus aku mengurungkan diri buat report master aku sampai siap...berapa kali kena reject...pastu kerja aku yang berlambak-lambak...mmg seksa ambik master sambil kerja (sebab aku jenis pemalas)semua ni menyebabkan aku tak sabar-sabar nak gi backpaking hujung tahun ni...dh lama aku tinggal cerita aku kat kyoto aritu...dh jadi basi kan...haha...sekarang aku nak tulis sambungan ceritanya. sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah kepada kawan aku R******L, yang baru saja melangsungkan perkahwinan je pada awal bulan 3 haritu...weh R******L, mantap kan hadiah aku bagi kat kau...hahahaha.panjang sgt tulis R******L (pasni aku guna R je la untuk wakilkan nama dia, sbb dia ni pemalu orangnya):




kedai LAWSON : kedai kegemaran aku di kyoto

pada pagi hari kedua aku kat kyoto, aku dengan kawan2 aku decide nak berpecah...diringkaskan macam ni la...kami ada 4 orang..tapi kami nak pecah kepada dua group...pastu gi tempat lain2...jangan salah faham ok...kami tak gaduh...cuma interest masing2 berlainan...aku nak gi tengok permandangan daun luruh..tapi kawan aku dia nak tengok culture dan sawah padi kat jepun...so kami decide pecah je la...so jadila dua group...aku dengan R dan 2 orang lagi kawan aku meneruskan adventurenya sendiri.

pagi tu cam biasa la..org lain dah bangun, siap kemas katil dan sarapan...aku pulak...MASIH LAGI TIDUR...dalam pukul 8.30 barula aku bangun...tu pun lepas R kejutkan aku...haha...aku memang suka tidur...

R: weh bangun la tidur tu...dah 8.30 ni...tau la tak bleh solat pun...tidur lebih pulak
aku: ermmm...dh 8.30...( aku pun bangun nak mandi)
tiba-tiba aku terpandang jiran katil depan katil aku...well aku tidur bilik dorm ada 6 orang semuannya..cam gambar kat bawah ni.

pemandangan DORM tempat aku tinggal kat Kyoto... 6 BED FEMALE ROOM

katil depan katil aku tu orang taiwan...comel je...suara dia lembut dan sopan je.aku pun tegur la dia (orang malaysia kan peramah):

aku:  good morning...where are you going today?
taiwan girl: morning...today i want to go to...ermm..ermm... wait (dia belek-belek brochure)
eh pelik aku minah ni apasal dia belek brochure pulak...takkan tak rancang lagi dia nak pergi mana arini, sedangkan aku tengok dia dah siap nak bertolak...untuk pengetahuan semua taiwan girl ni holiday sorang je kat kyoto ni...hebat kan...dia pergi mana2 pun sorang-sorang je.
taiwan girl: i want to go to kiyomizudera temple...
aku: Oooo...haha...did you forget the name of the temple?that why you refer to the brochure right?
taiwan girl: nooo~i remember the name..but in chinese character name...

penerangan: 
apa maksud taiwan girl ni...maksudnya nya camni.jepun telah mengambil tulisan china (taiwan pun guna tulisan china juga) dan dijadikan sebagai tulisannya...tapi cara membaca tulisan tersebut diubah berlainan sebutan daripada tulisan china...contoh : katakan lah bukit.betuk tulisannya macam dibawah


 chinese sebut: shān
        japanese sebut: yama
        malay sebut : bukit

 so simbol yang sama bunyi yang berbeza.dalam japanese kiyomizudera  adalah ini 清水寺....tapi dalam chinese sebutanya lain (aku pun tak tau apa sebutan dalam chinese...boleh sapa2 bagitau...haha)

so aku pun meneruskan perbualan kosong dengan roomate taiwan aku tu....lepas je puas bersembang aku mandi, bersiap dan keluar daripada hostel tu...pagi-pagi lagi aku dh menuju ke LAWSON..beli nasi kepal untuk sarapan. orang jepun panggil nasi kepal ni ONIGIRI.

sampai je di LAWSON..terus je aku menyusahkan pekerja kedai terbabit...haha...aku suruh pekerja kedai tu bagitau aku perisa onigiri tu satu persatu..adalah 6 jenis perisa semuanya.aku takut terambil daging pulak...HARAM..dengan semangatnya pekerja tu bagitau aku satu-satu perisanya...

aku: excuse me...what flavour is this onigiri?
Lawson: ano...eto...fureba ka...hait...kore wa...umeboshi. Lawson: ermm..erm...perisa ka...ye...yang ni perisa asam jeruk
aku : weh R yang ni perisa asam ( aku bagitau si R tu)
lawson: kore wa....sakana no egg..bla...bla ....bla  lawson: yang ni....telur ikan jeruk..bla...bla ....bla
aku: weh R..telur ikan ni kita boleh makan...bla...bla....yang ni tak boleh
pekerja tu pun balik ke kaunter

contoh SENBEI (benda ni kat Malaysia pun ada)

pastu aku cari makanan lain pula...aku nampak senbei (biskut beras)...dari kejauhan aku pun tanya pekerja tu

aku: ano....senbei...flavour wa..nani? aku: ano....biskut beras...perisa..apa?
pekerja tu kemudiannya berlari-lari anak ke arah aku....
lawson : ano..shouyu (sambil pegang senbei tu)  lawson : ermmm..kicap (sambil pegang senbei tu)
aku: oooo...perisa tongyu..
lawson:  chigau.....shoyu fureba desu... lawson:  .bukan ...perisa kicap la
aku : hahaha

well untuk pengetahuan korang...orang kedah panggil kicap sebagai tongyu...pekerja tu ingat aku salah sebut sebab tu dia ulang perkataan "shoyu" sekali lagi kat aku...dan aku macam biasa la gelak je la...
....aku paling suka onigiri perisa UMEBOSHI.

ok...sampai sini saja la...nanti aku sambung kemudian cerita seterusnya...KLIK SINI

nak tahu makanan halal di jepun KLIK SINI

nak tau itinerary aku kat kansai jepun KLIK SINI

nak baca cerita sebelum ini KLIK SINI