Friday, December 6, 2013

Nama saya Tanaka !! kisah hari pertama di KYOTO

gambar ini adalah hiasan semata2.tetapi bentuk muka pakcik tanaka lebih kurang macam nilah cuma rambut dia cam dah banyak uban.mungkin 10 tahun lebih tua dari orang gambar diatas..pada pandangan aku pakcik tanaka ni merupakan pakcik jepun paling baik dan bersemangat yang pernah aku jumpa sebab dia kayuh basikal lebih laju dari kami yang muda2 ni dan langsung tak penat.hebat!!!

Keluar je daripada Train haruka, aku dah pening.Orang memang ramai sangat.tapi tu bukan masalah. masalahnya, macam mana aku nak pergi J-HOPPERS KYOTO HOSTEL daripada kyoto station dan laluan exit mana satu yang perlu aku ambik.east exit ke,west exit ke...tapi korang,senang la kalau papan kenyataan dia tulis east ke west exit ke.masalahnya cam ni nama exit dia: karasuma exit ,Nishioji exit...lebih kurang camtu la bunyinya.aku dah konfius aku keluarkan peta ke J-HOPPERS KYOTO HOSTEL tapi aku sendiri tak faham.suhu memang sejuk sangat.tangan dah menggeletar.

so aku dengan kawan aku jalan je straight.lantak la macam mana pun, yang pastinya kami pasti akan dapat keluar juga.on the way tengah jalan aku nampak signboast tulis higashi guchi.cam ni tanda dia 東口..pastu aku pun kata kat kawan aku:

aku:  weh aku sebenarnya tak berapa ingat sangat kelas kanji jepun aku tapi kalau tanda petak camtu maksudnya pintu masuk and keluar.comfirm la arah signboard tu.jom kita ikut (kata aku dengan bangga,walaupun AKU SALAH sebenarnya: tanda tu bermaksud east entrance...nasihat aku jangan tunjuk riak di negara orang.korang jangan jadi macam aku)
kawan2 aku: ikut jela

so kami pun ikut tanda tu.memang sampai pintu exit.aku hepi sangat.tapi pintu keluar ni betul ke?so kami confius balik.aku keluarkan peta HOSTEl yang aku google,tapi aku tak tau kedudukan aku sekarang.aku terus pergi tanya guard yang jaga tiket kaunter masuk.tapi dia tak faham.

tiba-tiba datang seorang pemuda jepun mendekati kami.

pemuda jepun: where you want to go?
aku: we want to go to J-Hoppers Kyoto Guest House, 51-2,Nakagoryo-cho, Higashikujo, Minami-ku,Kyoto, Japan (alamat penuh aku sebut kat dia pastu aku bagi peta hostel kat dia, lama dia belek dan pusing peta....pastu dia cakap).
pemuda jepun: ooo..just take a subway..go straight,turn right then go down stairs to the KUJO.Platform No 1.just one stesyen only.
R*****L: thank you.
Kawan 2:subway to KUJO?
pemuda jepun: yes to KUJO..
aku: Thank You your english is so good.
pemuda jepun: oh..TQ..i work as a tourist guide..today is my rest day.
kawan 1: TQVM

dari situ kami berjaya mencari subway (kena banyak naik tanga dan turun tangga, pesanan aku bawak beg galas.jangan bawak beg tarik,nanti korang terseksa) guna Kansai thru pass (rugi guna pass ni sbb dah petang dan dikira sehari walaupun guna sekali sahaja.nasihat aku guna pass ni di awal pagi.Bayaran tadi tu sepatutnya aku guna ICOCA je) dan tunggu train ke KUJO di platform 1.selepas satu stesyen kami turun train punch pass pastu cari exit keluar.kami ambik exit 3 pastu naik tangga tinggi.

contoh exit 1

contoh pintu keluar exit 3 bersebelahan jalan

Peta subway KYOTO STATION KLIK SINI

exit tu betul tepi jalan.lampu tengah merah.ada sorang pakcik tengah naik scooter.aku kira apa aku tanya je dia kat mana HOSTEL tu.dia kata cross je jalan ni terus jumpa.yesss...akhirnya.

sampai je J-HOPPERS KYOTO HOSTEL kami letak barang.kasut tak boleh pakai ok.kita kena letak kasut dalam almari yang disediakan dan pakai selipar yang disediakan juga.pastu aku meluru kat receptionist tu. receptionist to hebat (multi language) bahasa inggeris fasih,bahasa german fasih,bahasa jepun memang sah2 la fasih.serba boleh dah la cun bangat.pastu dia bagi aku kertas diskaun J-HOPPERS HOSTEL.aku duduk 4 hari,so dia bagi 4 cop.dia cakap,kami dapat diskaun,sama ada nak duit diskaun 300 Y atau boleh naik basikal free dalam sehari.of course la kami pilih basikal.tengah2 HEPI memikirkan dapat naik basikal kat jepun,then dia tanya:
Receptionist cun: do you want to check in now?
aku: yes..can i pay in cash.
Receptionist cun: of course...
kami pun settle kan bayaran...pastu dia serahkan dua borang untuk aku isi,borang tempat tinggal dan pinjaman basikal.sorang je isi, tapi dia nak number passport semua orang. LAW katanya.
aku: we want to use the bicycle now.do you have a map.can u show me how to go to TOFUKUJI TEMPLE.
then dia bagi map sorang satu.dia juga terangkan cara nak pergi dengan mesra dan sopan.pastu dia pam tanyar basikal kami dan tunjukkan cara2 guna kunci basikal.
Receptionist cun: make sure you dont park illegally...the goverment will take your bicycle and you have to pay 10000 YEN for the bicycle loss..
arghhh..sudah....kami berpeluh2 dengar pesanan receptionist tu.
sebelum start upacara berbasikal tu,aku awal2 dah surrender.
aku: weh,aku mmg tak pandai baca peta.so siapa yang pandai tolong jadi lead konvoi basikal kita.
kawan  2 kata dia boleh la.so bermulalah ekspedisi kami dengan HEPPY.....tapi LAST2 kami 

SESAT JUGA!!!!!!!!!!!!!
geng menyayuh kami

Nasib-nasib.tengah sesat tu kami tiba tiba sampai kat kawasan sungai.kami jumpa seorang pakcik jepun yang sedang berbasikal. kawan 2 tanya pakcik tu, masalahnya pakcik tu tak pandai cakap inggeris langsung.kawan aku tak faham.just aku je yang pergi kelas bahasa jepun so aku pun pergi tanya balik pakcik tu.lebih kurang macam ni la perbualan aku:
aku: ano...tofukuji jinja wa doko desuka? malay: ermmm...kat mana tofukuji temple?.
pakcik: tofukuji ka..ano..masugu..eto..BLA...sono..BLA...migi..BLA..eto ne...Hidari...
malay: tofukuji ke..ermmm..terus..ermm..BLA...pastu..Bla...kanan.BLA..ermm pastu...kiri...
(aku buat muka BLURRR) 
panjangnya penerangan dia bukan semua word pakcik tu aku faham pun.payah la gini.pakcik tu perasan perubahan muka aku, pastu dia cakapp.
pakcik: ano ne...tofukuji ...chikaku Malay:ermmm...tofukuji ...dekat je
aku: chika? doko? malay: dekat? kat mana? 
pakcik tu dengan senyum2 tengok kami cakap: ikuyo...isshioni  malay: jom pi...ikut saya 
aku: weh kawan2...dia suruh kita ikut dia.jom ikut pakcik ni dia nak tunjuk jalan.
gambar TUFUKUJI TEMPLE dari jauh

lepas tu kami ikut pakcik tu ....kona kiri...kanan...naik bukit...turun bukit...lalu sungai...rentas rumah orang.korang nak tau tak penat gila kami.kami dah mengah2 dah...tapi pakcik tu steady je kayuh basikal.sambil kayuh dia akan berhenti tanya jalan kat orang jepun lain.kami just tunggu dan lihat.sebenarnya memang tak jauh sangat pun tapi berbukit2 jalan dia.pakcik tu hantar kami sampai depan pintu TOFUKUJI TEMPLE TU.

serius aku kagum sangat dengan ORANG JEPUN NI. Diorang bagi pertolongan dengan bersungguh-sungguh.sampai sanggup hantar kami sampai depan pintu.disebabkan rasa terharu aku pun cakap:
aku : arigato gozaimsSus...aku tergigit lidah, yelah bahasa jepun ni payah sebut. 
aku: Terima kasih bayak..baygygug..aku tergigit lidah, yelah bahasa jepun ni payah sebut
pakcik tu senyum dan naik basikal dia.
aku: chotto matte?namae wa? malay:tunggu jap! nama awak?
pakcik: TANAKA BLABLA (aku lupa nama hujung pakcik ni) 
aku: arigato TANAKA-SAN malay: terima kasih EN.TANAKA(aku melaung suara aku sebab En.tanaka tu dah jauh dari aku)
pastu sayup2 aku dengar dia cakap doitashimashite.....(sama-sama)
aku bersyukur sangat sepanjang hari pertama aku kat KYOTO, penduduknya sangat mesra, peramah dan tak segan nak membantu. Kami masuk dalam TOFUKUJI TEMPLE bayaran masuk 400Y.walaupun kena bayar tapi cantik sangat permandangan,aku terkejut tengok taman dia yang berwarna warni dan landskapnya yang SUPERB.serius korang kena datang tengok sendiri.Pengalaman yang TAK DAPAT AKU NAK CERITAKAN.

Nak tengok gambar di kyoto KLIK SINI

orang memang ramai tapi tak menganggu langsung konsentrasi aku menghayati kecantikan musim luruh kat situ.temple ni dah la besar gila.tak larat aku nak lawat semua.memang best sangat!!!

aku rasa semua masalah aku hilang..........

HARI PERTAMA DI KYOTO
TEMPAT DILAWATI:  TOFUKUJI TEMPLE
BAYARAN MASUK: 400Y
PENGANGKUTAN: SEWA BASIKAL DARI J-HOPPERS HOSTEL
MASA DIAMBIL: LEBIH KURANG 30 MINIT (SEBAB SESAT)
KOMEN: SANGAT CANTIK.MESTI LAWAT

gambar TOFUKUJI TEMPLE dari posisi unik

contoh kawasan lapang berdaun luruh

sambungan kisah di kyoto KLIK SINI
nak pergi entri sebelum ni..KLIK SINI

5 comments:

  1. Salam....smp J-hoppers pukul berapa? Sbb tgk day 1 tu nmpk mcm lawat satu tmpt jer... : ) ada lawat tmpt2 lain tak on day 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. day 1 memang melawat 1 tempat je....sbb kami berbasikal dan baca map sendiri,so memakan masa...kami sampai hostel dlm pukul 1.00 ptg...pastu baru start pergi ke tofukuji, pukul 5.00 dh mula malam...mlm awal pada musim luruh...so untuk elakkan sesat jalan dan kami pun keletihan sbb jet lag so kami ambik keputusan untuk balik awal je ke j-hoppers.

      Delete
  2. Cantik betul view musim luruh, hari tu pegi berapa haribulan eh? Dh start nk plan tuk thn depan pulak. Wahh gigih betul naik basikal dan nasib baik pandai bahasa jepun sikit2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi 18/11/2013..mmg best naik basikal...rugi tak cuba..sewa basikal ni just 500yen untuk sehari suntuk...murah sgt..

      Delete
  3. Salam Nk tanya 2 ways ICOCA & HARUKA boleh?

    Haruka boleh di ambil dari station yg berbeza ker?

    Pergi Kansai - Kyoto
    Balik Osaka - Kansai

    Thanks. Hope dapat bantu

    ReplyDelete