lepas je aku keluar dari lawson tu aku pun bertolak ke KIYOMIZUDERA..roomate TAIWAN aku kata kiyomizudera ni cantik GILA...so aku dengan excitednya terus la gi cari bus...wait!! mana BUS STOP. depan J-HOPPER mmg ada bus stop...so aku pun jalan ngan R ke sana,lintas jalan je pun...bus stop tu kecik je..sampai je kat bus stop tu aku nampak tulisan cam notis berbunyi "tempat ini telah berpindah ke bla...bla (alamat jepun) ).notis tu dalam inggeris...aku pandang kawan aku
aku: weh TEMPAT INI tu, bus stop ni ke...takkan bus stop boleh pindah kot?!
R: takkan kot?..maybe notis kedai belakang ni kot , angin tiup then ada orang lekat balik kat bus stop ni..
aku: logik juga kan..haha..
so kami pun tunggu la...selepas 30 minit...masih tak ada bus...
aku: kenapa tak de bus ni R?orang jepun kan puntual?
R:aku pun tak tau...kau try la tanya org?
aku: ok gak...tapi...jujur cakap, aku tak tau perkataan PINDAH dalam japanese?BAHASA JEPUN aku tahap BUDAK TADIKA je.cadangan aku, baik kita tanya je dalam inggeris.
so kami pun jalan pastu jumpa satu GROUP geng pelancong MALAYSIA...terusla kami beramah mesra dan tanya kat mana bus stop...dekat je pun...
sampai je bus stop, mmg dia ada tulis number bus dan destinasi (sorry la aku lupa no bus nak ke kiyomizudera tu)..bus datang then kami naik...actually bus stop kat kyoto ni spesial sikit...sebab ada papan tanda untuk track bus secara automatik.cam gambar kat bawah ni
contoh gambar bus stop...gambar ni kat bus stop area kyoto station...ok..please beratur ye...jangan main redah macam kat MESIA.
automated bus traking system board (canggih weh)
so aku pastikan no bus aku, then tunggu...bila naik je atas bus...aku duduk...turun nanti baru aku tunjuk kansai pass aku tu...korang juga boleh touch ICOCA CARD (masa naik) kalau tak beli kansai pass tu...kat kyoto ni, kita masuk bus dari pintu tengah dan turun dari pintu depan. design bus dia camni:
label bus...entri dari tengah ye
contoh bus ke tofukuji
bus sampai, then aku naik....tapi aku risau gak sebab tak tahu nak turun bus stop yang mana satu..tetiba je bus tu buat pengumuman dalam bahasa jepun dan inggeris" kiyomizudera temple, please get down here"...lega la sebab ada pengumuman rupanya...lagipun dalam bus mmg ada papan elektronik menunjukkan kita dah kat mana sekarang...canggihkan..walaupun bus dia agak buruk la...haha.
pemandu bus dia pakai UNIFORM LENGKAP dan sangat PROFESIONAL...
pemandu bus dia pakai UNIFORM LENGKAP dan sangat PROFESIONAL...
aku turun dan melawat KIYOMIZUDERA...kena naik bukit sikit baru la sampai kat temple tu...bayaran masuk 400yen...temple ni under UNESCO kalau tak silap aku.mmg superb.cam gambar kat bawah ni:
gambar hasil GOOGLE-lan aku...why aku google...sbb imposible nak ambil gambar dari posisi ni...
pastu aku terus ke bus stop sebab nak gi ke GINKAKUJI..masa tunggu bus tu aku dah tertanya2...berapa no bus nak ke Ginkakuji ni...untuk kepastian aku rujuk board dan tanya pada lelaki jepun kat sebelah aku.
aku: ano...basu Kinkakuji wa...number..nani? haha...teruknya japanese aku.
aku: ermm...bas..ke Kinkakuji...number...apa? haha...teruknya japanese aku.
aku nak pergi GINKAKUJI SEBENARNYA tapi disini aku tersebut KINKAKUJI
lelaki bus stop: sorry...im not japanese...im korean
laaa...rupanya orang korea..fasih pulak bahasa inggeris dia...laki korea ni pegang camera superb punya...DSLR yang POWER.
aku: so..are you a PHOTOGRAPHER...?
lelaki korea bus stop: No..no..haha...im just a tourist.where are you from.
aku: im from MALAYSIA..so you are from Korean ..where? i mean which part?
lelaki korea bus stop: im from busan...
so aku pun berbual-bual dengan lelaki busan tersebut...pastu bus sampai.pastu kami nak naik...unfortunately, bus dah penuh.hanya lelaki busan tu je sempat naik...pastu kan....
lelaki busan tu turun dari bus dan suruh kami naik dulu...GENTLEMAN KAN....pastu aku kedepan sikit.so lelaki busan tu pun berjaya naik.
Moralnya : kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita.so korang jangan sombong bila melawat jepun.korang jadi super peramah cam aku.hentam je inggeris ke, japanese ke...lebih kurang tu ok la...haha.
sampai je Ginkakuji...ye GINKAKUJI...tapi aku dengan R sampai ke KINKAKUJI pula...kami tersilap naik bus (memang dari mula lagi kami memang tersilap...haha)...haha..tu la nama tempat lebih kurang sama...kami terkejut sebab sampai tempat yang salah...salah aku juga sebab tak tengok betul...alang-alang dah sampai masuk je la.sebenarnya plan nak gi KINKAKUJI esok.
serius cakap...KINKAKUJI ni memang cantik...bayaran masuk 400 yen...sebaik masuk je dalam kawasan temple tu, R cakap dia nak solat jap.so kami gi toilet ambik wuduk...then cari tempat sesuai untuk solat...kami tgk ada bangunan cam x ramai orang lawat je..so kami solat kat area taman kat bangunan tu...ada beberapa orang jepun lalu, tengok,diaorang rasa pelik...tapi tak tanya....diorang ignore je kami.
selesai solat, kami teruskan perjalanan melawat kinkakuiji, jalan tak jauh pun...mmg cantik sgt..aku gaduh ngan R masa ni sebab dia ambik gambar aku kabur je...aku ambik gambar dia cun je..tak adil la kan...hehe..
(KINKAKUJI TEMPLE) KIN tu maksudnya GOLD
puas bergaduh kami teruskan perjalanan, sampai ke kedai sourvenier... R nak masuk, aku dok luar je sbb takut terGODA untuk menghabiskan duit plak...kat area kedai ni aku nampak banyak budak lelaki pakai baju sekolah dan diorang semua cakap KOREA.banyaknya orang KOREA kat jepun ni...sebenarnya aku still tak dapat beza antara orang KOREA, JEPUN dan CHINA...SILLY ME.
balik je dari KINKAKUJI mood R masih tak baik....
aku: Nak gi mana pas ni?
R: ermmm....aku nak TAKOYAKI..
aku: ok2...jom cari....
R: eh tu DAISO kan....jom kita singgah (MOOD dia dah ok bila nampak DAISO)
aku: ok2
kami masuk DAISO tu ada 2 tingkat , semua barang 100Y je...best sangat..MACAM2 ADA.Daiso kat Mesia ok jugak...tapi yang ni lagi BEST. DAISO ni dekat NISHIOJI NANAJO...keluar dari daiso kami pun jalan-jalan cari gerai TAKOYAKI...masa tu dalam pukul 6 petang.dah malam kat sana.kami sebenarnya GAMBLE je jalan-jalan area ni.sebab kawasan ni bukannya kawasan TOURIST...jalan punya jalan... akhirnya jumpa kedai takoyaki.
kedai takoyaki ni kecik gila....well kami pun masuk dalam...
kedai makcik takoyaki yg ceria
dalam kedai tu ada seorang pelanggan lelaki..rasa umor pelanggan tersebut maybe pertengahan 30...
aku: obasan...takoyaki futatsu
aku: makcik..takoyaki dua
cewah...aku order cam kat mesia pulak
obasan: two??
aku: yes...two (makcik tu pandai gak cakap EIGO pulak (eigo tu maksudnya bahasa ingeris)
tiba-tiba, aku terpandang pelanggan lelaki tersebut, aku tunduk.dia tunduk balik pastu dia mula bersembang dengan aku dan R.macam2 kami sembang dengan dia ..sepatah..sepatah dia cakap...untuk memastikan aku faham...haha.
pelanggan jepun ni...aku panggil dia ONIISAN (abang) langsung tak boleh cakap english...dia cakap kat aku...dia menyesal tak belajar bahasa inggeris betul-betul masa sekolah dulu (sambil ketuk2 kepala dia)...kami semua ketawa RIANG...termasuk makcik takoyaki yang terdengar perbualan kami. Disebabkan Oniisan ni terlalu happy agaknya, dia cakap kat makcik tu dia nak belanja kami.
aku pun apa lagi terus ucap ARIGATO. ye la FREE weh...sapa tak suka...haha.
pelanggan jepun ni...aku panggil dia ONIISAN (abang) langsung tak boleh cakap english...dia cakap kat aku...dia menyesal tak belajar bahasa inggeris betul-betul masa sekolah dulu (sambil ketuk2 kepala dia)...kami semua ketawa RIANG...termasuk makcik takoyaki yang terdengar perbualan kami. Disebabkan Oniisan ni terlalu happy agaknya, dia cakap kat makcik tu dia nak belanja kami.
aku pun apa lagi terus ucap ARIGATO. ye la FREE weh...sapa tak suka...haha.
gambar makcik takoyaki
Oniisan tu kata kami ni SHIORI NO MEGAMI.apa tu?? kalau korang nak tau just GOOGLE IT.kalau google tapi tak jumpa jugak...boleh tanya aku....haha.
ok la tu..aku dah penat menaip....lain kali la aku sambung seterusnya...
nak tau cerita sebelum ni KLIK SINI
Salam kenal.... wah pandai lah cakap jepun. Tenguk orang semua pi jepun.... huwaaaaa bila lah akak dapat pi jepun ni... Arigato guzaimas hait
ReplyDeletesalam...bahasa jepun tahap tadika je tu...tgk promosi air asia->check cuti->gi jepun...hehe
DeleteSalam kenal, baru terjumpa ur blog. Padahal dah balik dah pun kyoto..tgh nk update my blog jugak dgn info2 sepjg ke sana esp part perbelanjaan tu mmg org slalu tny kann. Anyway, akak dpt la view kiyomizudera cam dlm gmbr yg u google tu. Ada satu laluan yg boleh dpt view tuh
ReplyDeletesalam perkenalan ...wow akak ada view tu ^_^...masa saya gi kyomizudera tahun lepas, saya tergesa-gesa nak balik so tak sempat melawat habis...tak perasan pulak ada laluan yang boleh dapat view tu...kalau akak tak keberatan boleh kongsi dengan viewver yang lain...akak bg link gambar blog akak kat sini..
DeleteNnt akak upload gmbr tu dlm blog akak. Baru je update satu post dlm blog.
Deleteok...mari kita berkongsi gamar dan info..hope bleh jadi panduan bersama=^^=
DeleteNk repeat lg x kira sbb x sempat pegi kyomizudera temple tu view sgt ohsem. Wahhh x sangka baik betul org busan dan onisan tu! Hai terus jatuh hati dgn org korea dan jepun heeee
ReplyDeletekiyomizudera mmg cantik...saya pun tak sempat nak lawat semua...MESTI REPEAT..onisan dengan abang busan tu mmg baik....cuma kurang ensem jer..hehe..
DeleteSalam. Sis ape makne shiori no megami? Dok cari. Xjumpe pon
ReplyDelete