1.sistem pengagkutan dekat jepun SANGAT EFISYEN terutamanya TRAIN SUBWAY.keretapi bawah tanah dia.so apa masalahnya? sebab terlalu efisyen la banyak masalah...klu tak silap aku ada LEBIH DARI 10 syarikat berlainan menguruskan sistem keretapi di daerah KANSAI (OSAKA,KYOTO,NARA) sahaja.so apa masalahnya?korang masih tak nampak masalahnya kan?masalahnya ialah koRang kena guna banyak pas keretapi yang berlainan untuk syarikat yang berlainan.takkan korang nak beli 10 pas keretapi kan?haha..kan aku cakap memang masalah.tapi jangan risau.aku akan settle kan masalah ni kat korang jap lagi.lupa nak cakap sekali naik keretapi subway harga dalam 230 yen.bayangkan korang nak pergi sesuatu kawasan yang kena tukar tiga kali keretapi,matilah korang.licin poket.haha.
untuk memudahkan aku bahagikan sistem pengangkutan jepun kepada 2 bahagian utama:
a)syarikat pengangkutan utama adalah JR LINE (JAPANESE RAILWAY LINE).dia ada rapid train,haruka train dan bus.
b) syarikat kecil lain bergabung dan keluarkan pass khas untuk kegunaan subway,train dan bus.
2.sistem bus juga sama cam sistem keretapi ada banyak sangat syarikat berlainan yang menguruskan.sekali naik bus 220 yen.
nampak tak kemahalan pengangkutan kat jepun.sebab tu orang taknak gi jepun.
JANGAN RISAU YE KENGKAWAN, KERAJAAN JEPUN SEKARANG SEDANG MENCUBA SEDAYA UPAYA MEMURAHKAN HARGA PENGANGKUTAN UNTUK PELANCONG MACAM KITA DENGAN MEMBERI BEBERAPA KAD SPESEL BESERTA DISKAUN YANG UUUUMMMMPPPP!
KAD YANG AKU REKEMEN KAT KORANG.
1) KANSAI THRU PAS
JENIS :ada 2 jenis.yang 3 hari punya harga 5000 yen,yang 2 hari punya harga 3800 yen.
KEGUNAAN: boleh digunakan pada semua syarikat bus,train,subway kecuali teksi.dan tak boleh digunakan untuk sebarang JR train atau bus JR.camna korang nak tau train yang korang naik tu yang JR ke bukan?senang je.setiap jenis train tempat menunggunya berlainan.check dia punya LINE.LINE tu apa?LINE tu nama keretapi tu la.contoh MIDOSUJI LINE,HIBIYA LINE, CHIYODA LINE.yang ni korang boleh guna PASS NI sebab tak ada perkataan JR.contoh LINE untuk JR cam JR NARA LINE, JR KYOTO LINE...nampak tak ada nama JR.PASS ni adalah langkah terbaik untuk korang guna SUBWAY dan bus.korang naik la berapa kali pun,nak round2 tempat yang sama 300 kali pun boleh, korang nak pergi balik ke,nak main-main aci sembunyi dalam keretapi pun boleh,berjuta kali pun boleh.asalkan tak lebih hari yang korang beli.aku mmg guna gila2 kad ni, pergi balik2,sesat ke ape ke,berapa kali aku guna pun takde limit.
CARA GUNA: cam gambar kat bawah ni.
lepas masuk bawah ni pass ni kuar kat depan.ambik balik,jangan buat2 lupa pas korang lak.
KAT MANA NAK BELI: Kat kansai airport tu, korang pergi TINGKAT 1 ada kaunter information center.beli kat situ.kaunter ni buka pukul7.00 pagi, tutup pukul 10.00 malam.
kaunter ni tutup masa aku sampai.so esok paginya baru aku beli PASS yang berkenaan.
TEMPAT BOLEH DILAWATI: kyoto,osaka,nara,kobe.tapi kegunaan di NARA sangat TERHAD.kat NARA kena guna ICOCA (peta tempat yang boleh guna pass ni.KLIK SINI
NASIHAT AKU: PASS ni ikut hari bukan ikut jam.kalu korang guna pass ni malam.dah dikira hari pertama.esok paginya dah dikira hari kedua.so ingat gunakan pas di awal pagi supaya korang untung.
2) KAD HARUKA DAN ICOCA
kad icoca ala2 macam touch and go(ada 2 corak yang menarik pilih la satu yang korang suka)
pass haruka (masa korang beli korang akan dapat dua,perjalanan pergi balik.check.ada tulis kat depan pass) yang kat kat gambar tu one way je.aku beli yang two way so dapat dua.
KEGUNAAN: HARUKA:haruka ni nama express train dari KANSAI AIRPORT KE OSAKA/KYOTO DAN DARI OSAKA/KYOTO KE KANSAI AIRPORT.senang la korang naik terus dari kansai airport,kat mana nak naik.Rujuk gambar
korang naik haruka kat area awning biru tu ok.jangan naik yang merah.tu syarikat lain.NANKAI EXPRESS.
KEGUNAAN:ICOCA: kad ni sebijik macam touch and go masa korang beli dalam kad ada 1500 yen.korang touch je.check gambar.kad ni boleh digunakan pada semua subway,bus,dan JR LINE.kat ni boleh topup.cam mana nak topup?jangan korang risau masa korang beli dia siap bagi buku manual penggunaan.aku tak tengok pun buku tu,aku buat2 comel mintak orang jepun mana2 topupkan.haha
korang naik haruka kat area awning biru tu ok.jangan naik yang merah.tu syarikat lain.NANKAI EXPRESS.
KEGUNAAN:ICOCA: kad ni sebijik macam touch and go masa korang beli dalam kad ada 1500 yen.korang touch je.check gambar.kad ni boleh digunakan pada semua subway,bus,dan JR LINE.kat ni boleh topup.cam mana nak topup?jangan korang risau masa korang beli dia siap bagi buku manual penggunaan.aku tak tengok pun buku tu,aku buat2 comel mintak orang jepun mana2 topupkan.haha
touch je la cam biasa2.takkan yang tu pun aku nak ajar kot.
KAT MANA NAK BELI: Kat kansai airport tu, tingkat 2.cari JR kaunter.ingat beli kat KAUNTER.jangan beli kat mesin tiket pulak.korang cari kaunter JR yang besar gabang dia tulis ICOCA dekat sign boardnya.masa nak beli kena tunjuk passport sebab kad ni spesel diskaun untuk pelancong cam kita je.
JR kaunter tu sebelah ticket machine je.sori la der aku lupa nak tangkap gambar kaunter tu.
HARGA:rujuk gambar.aku beli round trip.bukan apa takut duit abis lak,so beli terus tiket ke kansai airport untuk hari akhir.round trip korang akan dapat 2 pass haruka dan 1 kad icoca.untuk one way trip korang akan dapat 1 tiket haruka dan i kad icoca.
3) OSAKA UNLIMITED PASS
dalam banyak2 pass, aku paling suka osaka unlimited pass.kenapa? sebab PERTAMA CAM BIASA LAH NAIK TRAIN KE,SUBWAY KE,BUS KE TANPA LIMIT DAN YANG KEDUA pass ni bagi free access kepada 28 tempat menarik seluruh osaka sedangkan bayaran masuk tu 4 kali ganda lagi mahal dari harga pass tesebut..HAHAHAHA>>>aku tak paham camna la kerajaan jepun nak untung sebenarnya.
yang warna biru tu adalah osaka unlimited pass.
KEGUNAAN: boleh guna di sebarang train ,bus dan subway yang bukan JR LINE.
HARGA:ada 2 jenis yang sehari,harga 2000 yen yang 2 hari harga 2700 yen.aku beli yang dua hari.
KAT MANA NAK BELI:TEMPAT YANG SAMA DENGAN KANSAI THRU PASS.INFORMATION KAUNTER TINGKAT 1
KAT MANA NAK BELI:TEMPAT YANG SAMA DENGAN KANSAI THRU PASS.INFORMATION KAUNTER TINGKAT 1
NASIHAT AKU:masa korang beli korang akan dapat pamplet.jangan buang pamplet tu.penting gila.why..check kat belakang dia ada course yang menaik yang ditawarkan FREE.koang boleh TRY semua COURSE tu.kalau sempat la.aku tak sempat nak TEST semua.
ok ni jenis course yang ditawarkan: KLIK SINI
contoh course yang aku sempat test.best gila.semua free KLIK SINI.aku save 4040 yen dengan course ni.haha.
P/S:KESEMUA PASS DAN KAD DIATAS TAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TEKSI.JANGAN NAIK TEKSI KAT JEPUN HARGA DIA MAHAL GILA.
langkah keenam.aku akan cerita penuh secara detailed perjalanan aku pada hari pertama : KLIK SINI
wahhh.. menarik.. nak tanyer.. kalo pakai unlimited pas tuu je tak boleh ke untuk pergi ke osaka dari kansai airport?
ReplyDeleteosaka unlimited pass ke??? tak boleh guna sbb Kansai Airport tu di luar kawasan valid pass tersebut
Deleteouuu.. ni bermakna kalau saya nak pergi ke hotel di osaka dari kansai airport kena pakai kad haruka laa kan? lepas itu, jika saya nak bersiar2 di kawasan osaka baru guna osaka unlimited pass ni yer? betul tak?
Deletebetul la tu =^_^=
Deleteokay bro.. thank you very much.. your blog help me very much.. hehe
Deleteu re welcome dik...not bro but sis...nevermind anyway :P..hehe..yokoso to japan
DeleteOMG.. sory sis.. haha.. okei.. i will come to osaka on March..
ReplyDeleteSalam. nak tanya, boleh tak nyatakan 28 tempat yang boleh dilawati dgn menggunakan osaka unlimited pass?
ReplyDelete(1)Floating Garden Observatory
Delete(2)HEP FIVE Ferris Wheel
(3)Museum of Oriental Ceramics, Osaka
(4)Osaka Science Museum
(5)Natural hot spring Naniwa no Yu
(6)Osaka Museum of Housing and Living
(7)Tombori River Cruise
(8)Dotombori ZAZA
(9)Kamigata Ukiyoe Museum
(10)Osaka Castle Museum
(11)Osaka Castle Nishinomaru Garden
(12)Osaka Museum of History
(13)Peace Osaka (Osaka International Peace Center)
(14)Entrepreneurial Museum of Challenge and Innovation
(15)Tsutenkaku Tower
(16)Shitennoji Temple (Chushingaran, Honbo Garden)
(17)Tennoji Zoo
(18)Osaka City Museum of Fine Arts
(19)Osaka Human Rights Museum (Liberty Osaka)
(20)Nagai Botanical Garden
(21)Osaka Museum of Natural History
(22)Sakuya Konohana Kan
(23)Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe
(24)Tempozan Giant Ferris Wheel
(25)Cruise Ship Santa Maria
(26)Captain Line
(27)Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observatory
(28)Osaka Suijyo Bus (Aqua-Liner)
maklumat lanjut boleh rujuk sini: http://www.osaka-info.jp/osp/en/free/free.html
Thanks you very much. sangat membantu
ReplyDeleteno prob ^_^
DeleteBagos blog ni. hehe. Nak tya, kalau pakai osaka unlimited pass, kita boleh pakai semua subway dgn percuma ke?
ReplyDeleteye...tapi subway dalam kawasan osaka sahaja.rujuk sini untuk peta kawasan disini : http://www.osaka-info.jp/osp/en/map/map.html
Deletethanks
Deletehai sis,boleh x nak tanya pendapat sikit.saya plan nak g bulan may ni masuk nagoya n balik dr osaka dalam 10 days.boleh sis suggest tempat ygwajib g.tqvm
ReplyDeletehai sis,sy plan nk pegi jepun mid april nanti..bole tak mintak your guidance berkenaan dgn transport sbb kami akn bergerak dr osaka ke kyoto..ade kyoto day pass ke?
ReplyDeleteOsaka ke kyoto dekat je dik....boleh pakai icoca @ kansai thru pass..
DeleteSalam, thanks atas info ni.. Mmg agak pening nk cari info psl ni, bulan 5 ni nk ke Osaka. Tp nk tanya sikit, maksudnya kena beli ketiga2 pass ni ke?
ReplyDeleteLg1, sy nk ke nagoya juga 1 hari, pergi pagi balik petang.. so kalau mcm ni kena beli apa2 pass lain ke camne? tq
actually....kad icoca je dh cukup.boleh guna kat ketiga2 tempat tu (osaka, kyoto ,nagoya)...tp klu nak jimat, murah dan dapat extra free admission ke 28 tempat tu baik beli je ketiga2 kad tu
Deleteboleh pakai kad icoca kat nagoya...tapi make sure naik JR train...klu ambik train lain (selain JR)...just beli je tiket di kaunter...
Deleteok, terima kasih atas penjelasan. :)
Deleterasanya icoca dan osaka unlimited pass mcm dah memadai kan? sbb trip xlama sgt, 3mlm osaka, 1mlm kyoto je..
ye...icoca dan osaka unlimited pass je dah mencukupi
DeleteSalam sis,blog yg sgt membantu!! Nak tanya pendapat sikit.Sy plan nak gi nagoya bulan 8 ni. 6D5N or 7D6N. Cadangan tempat pls? Ke baik pergi nagoya balik Osaka? Ke cmne pun xpe tp nk tgk pendapat sis dlu. Or boleh bg email sbb nak tnya benda lain and byk lg. Hehe. Thanks.
ReplyDeleteEmail sy ms.alisyalin@gmail.com
nagoya dengan osaka dekat je dik...rasanya klu nak jimat pergi balik ikut airport nagoya pun ok je.sebab harga tiket nagoya lebih murah dari osaka kan..klu pasal tempat yg menarik, adik minat apa...history ke culture ke romantic vacation ke..banyak sangat tempat yg menarik area kansai tu ^_^. sebarang benda yang adik nak tanya, tanya je kat ruangan komen ye...sbb akak jarang buka email..hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa Allah, tq sgt kak sbb reply. Tq sesangat. Sebenarnya bukan ape, sy mmg ada fmly angkat kt nagoya, tue nak turun Nagoya and stay situ. Tapi masalahnya pegi time kecik, dh tak ingt gaya nagoya tu cmne. Tue tgk akak kt osaka siap lengkap siap bajet semua mcm feel lak.
ReplyDeleteIf saya ada 7D6N tolak 2 hari perjalanan. Ape cadangan akak? Sori menyusahkan akak. Saye semua tempat nak pegi janji jalan. Hehe. Tq again kak.
before akak cadangkan tempat...boleh akak tanya adik mmg hanya akan tinggal di nagoya selama 7 hari tu ke...walaupun akak kata nagoya dengan kyoto/osaka tu dekat..tapi klu naik train ambik masa selama 2 jam 15 minit dengan train biasa..dan lebih kurang 30-40 minit klu guna nozomi @ hikari (kereta api laju=shinkasen)..so adik just nak jalan2 area nagoya saje ke or nak gi osaka/kyoto juga?
DeleteOkey. Setelah difikir. Macam nak cmnie kalau sempat. Nagoya-Osaka-Kyoto-Tokoname. Makna nagoya duduk town aje then ke osaka turun kyoto last skali tokoname sbb nk naik flight senang. Dah alang2 sampai nagoya, jejak kaki tros ke osaka or kyoto cam cantik gak sbb tgk akak pegi cm feel je. Hehehe.
DeleteSy masih tak faham dgn kad2 train and diskaun entrance fee utk tmpt menarik tertentu. Mcm osaka akak dh senaraikan tp nagoya saya tak faham gak. Hope akak dpt bg penjelasan. Saya update akak kt sini jela ek. Kalu org lain baca, sy minta maaf bebyk. Malu pn ada ni tp share jela semua. Sbb akak ni sgt baik hati n best. Hehehe
cadangan itenerari selama 7D6N( tolak 2 hari perjalanan):
Deleteday 1 :KL-nagoya
day 2:nagoya-kyoto
(kyoto)
Kinkakuji
ginkakuji
Kiyomizudera Temple
higashiyama
Gion
day 3:
(kyoto)
Arashiyama
fushimi inari
rujuk sini: http://www.japan-guide.com/e/e3950_arashiyama_full.html
day 4:
(nara)
yoshikien Garden
Nara Park
Kasuga Taisha Shrine
rujuk sini:http://www.japan-guide.com/e/e2165.html
Day 5
(osaka)
Osaka Castle
Namba
Osaka Aquarium Kaiyukan
Tempozan Harbor Village
santa maria cruize
day 6:
(nagoya city)
nagoya castle
railway museum
nagoya port area
korankei
rujuk sini http://www.japan-guide.com/e/e2155.html
Day 7
nagoya-KL
rujuk sini:http://www.japan-guide.com/e/e2157.html
akak cadangkan, alang-alang adik dah sampai ke jepun singgahla ke Nara...dekat je dari kyoto..nail train dalam sejam...
adik just perlu guna pass:
Delete1) kansai thruu pass (2 days)-guna di kyoto
2)osaka unlimited pass ( 1 days)-guna di osaka
3) icoca ( tidak perlu haruka if turun nagoya airport)- boleh guna di nara,kyoto,osaka dan nagoya
Wow....thank u so much kak! Baru nampak sikit perjalan. Yg sy susun mcm bertabur sikit.
ReplyDeleteMakna kyoto-nara balik hari pun okey dah kan? And pasal pass..kansai faham...osaka faham...icoca tu tak bape nak faham..huhu...sori sgt. Makna icoca ni utk semua 4 wilayah ni tapi die boleh guna memana ke cmne? Sori sangat. And tq so muccchhhhhh
icoca ni mcm touch n go kad boleh diguna kat mana2 area kansai(kyoto, nara, osaka or nagoya)...problemnya..kita terpaksa bayar harga pengangkutan sama mahal dengan penduduk tempatan jepun...tp kalau pakai pass pulak...kita dapat diskaun pengangkutan yang orang tempatan jepun tidak dapat.maslahnya penggunaan pass tidak berapa valid di nagoya dan nara sebab tu kita terpaksa pakai icoca.
Deleteyup..adik boleh buat one day trip ke nara (sbb dekat je pun)
DeleteKalau kintetsu rail pass pulak cmne? Cmnie..adakah berbaloi cmnie
ReplyDelete1) Kintetsu Rail Pass - 5days - 5700y - utk dr Nagoya Airport ke Nagoya Station - pakai lenjan Nagoya then Nagoya - Osaka pakai lenjan dkt Osaka then Osaka-Kyoto pakai lenjan Kyoto.
2) Kansai Thru Pass - sebab nakkan sightseeing discount and leh naik semua subway, bus segala (Osaka,Kyoto) - unlimited 2/3days
3) Me Guru Bus Route - just utk sightseeing semua tmpt kt Nagoya tp naik bus unlimited 1 day pass. Yg subway sy xtau nak pakai pass ape. -Confused!!
Subway-train-rail-line..benda sama ke lenlain? Pergh. Sori kak. Hehe
kintetsu rail pass ni....macam JR pass.kintetsu rail pass hanya boleh digunakan pada kintetsu Line (train syarikat kintetsu network sahaja) saja. kat jepun ni dik....banyak jenis tawaran pass yg berlainan....tp jangan la adik beli semua membazir..pilih yg terbaik...sekiranya hotel/tempat persiaran yg adik nk pergi tu dekat dengan kintetsu line-pilihla kintetsu rail pass...klu jauh ambik pass lain.semuanya bergantung kepada perancangan adik.
Delete*subway train=line=rail=sama je yang membezakan syarikat mana yang menguruskannya sama ada JR ke, kintetsu ke
Alright. Dah faham dah kesemuanya kak. Thank u so much sebab banyak membantu.
ReplyDeleteSangaaaaaaaattttttt membantu menjawab persoalan saya semua. Ape2 kemudian nanti sy tanya akak lagi and May ALLAH bless you sebab byk tlg. Tq again kak.
no prob dik.untuk rancang perjalanan adik dengan tepat akak nasihatkan guna HYPERDIA.semoga Allah mudahkan perjalanan adik ye.
DeleteThank u so much kak. Boleh nk tanya lagi? Dekat sana akak pakai wifi hotel or mana hotspot yang ada ke pakai portable wifi macam Pupuru or roaming? Sbb mcm Hyperdia die pakai internet and hanya valid kt Japan je kan?
ReplyDeletepakai wifi hotel je...mlm sebeum bertolak mana2 akak akan check hyperdia dulu
ReplyDeleteSalam... nk tanya lg kak, kansai thru pass and osaka unlimited pass tu akak beli semua masa kt kansai airport lg ke...? Pass tu kan, kansai thru pass tu utk dua/tiga hari je kan...kalau beli masa awal2 smp lg, start guna bila pulak...? Sorry la...agak konfius skit penggunaan kad2 ni...hehhee....
ReplyDeleteyup...beli kad tersebut dekat kansai airport.pass ni bukan kira hari dari kita beli...tp hari kita guna.selagi tak guna, dia tak kira.sebab masa first kita guna (masuk dalam mesin tu) dia akan tulis tarikh di belakang kad tersebut.
DeleteDomo arigatou gozaimasu...! Lain kali nk tanya lagi.... :)
DeleteAs salam sis,akak nak g osaka 17okt hingga 23 okt..akak g ngn suami n 2 anak kecik umo 5thn, 7thn.. akak da book hotel di area shin osaka.. akak ingat nak stay je di osaka slama 6hr naik train ke kyoto,nara n kobe.. ok ke mcm tu..or kena bmlm kt tpt lain jg selain osaka n apa pass yg perlu akak guna ya nnt.. tq..hope sis bole bg cdgn pd akak..tq
ReplyDeletewasalam...akak stay je kat hotel tu sbb payah nak gerak banyak sbb anak kecik.lagipun kyoto, osaka, kobe dan nara dekat je.boleh balik hari.saya cadangkan akak beli pass (bagi setiap individu):
Delete1)kad icoca dan haruka: guna di nara dan dari kansai airport ke shin osaka
2) beli kansai thru pass: guna di kyoto/kobe
3) beli osaka unlimited pas : guna di osaka
p/s: make sure akak tanya kaunter pass tersebut harga pass untuk kanak2,
@ beli JR kansai area pass ( 4 HARI : 6170 YEN/ 2HARI:4110 YEN)
kanak-kanak 6-11 thn: separuh harga
setiap pass ada kelebihan masing2...bergantng pada bajet akak.
Blog yg sgt2 membantu....tq sis
ReplyDeletesama-sama ^_^
DeleteSy nk tanya lagi.... :) kad haruka tu kan, kalau kita beli round trip, bleh tak first trip dari KIX ke Kyoto tapi masa return ke KIX semula dari Osaka? Kalau trip mcm tu, bleh guna kad Haruka yg sama ke?
ReplyDeleteboleh...dia akan bagi 2 kad haruka...untuk pergi dan balik
DeleteByk kali dh baca blog sis tp masih x brp nk faham....slow learner skit...huhuhu...
ReplyDeleteNk mintak advice,sy akn pegi ke osaka bln may ni.i'm a nature lover....itinerary mmg x ada buat apa2 persedian.masih blur...pegi 5 hr,stay di namba. Yg pasti nk pegi jugak ke tokyo daily trip...utk tgk2 tmpt dn nk merasa naik bullet train.....agak2 boleh x sis? Kyoto mmg tmpt wajiblh kn kena pegi..... so betul2 nk mintak pandangan pd sis n the geng utk mmberi cadangan.....
Sis, sy dh mengkaji perjalanan ke tokyo mmg ambil masa yg lama walaupn naik bullet train....so mcm x worth it je kalau pegi utk masa yg singkat....nmpaknya sy explore kansai area shj.
Deletebetul tu dik...mmg tak berbaloi kalau gi tokyo..perjalanan pergi balik dah 6 jam...membazir masa dan duit...saya cadangkan adik just melawat kyoto (3 day), osaka dan kobe (1 day), nara (1 day)..so untuk pass perjalanan: just beli icoca card dan haruka ( if guna kansai airport) dan kansai thru pass sahaja..tak perlu beli osaka unlimited pass sebab tidak ada kena mengena dengan nature...klu adik ada apa2 kekeliruan kat mana2 just tanya je sis...insyallah sis akan cuba membantu ^_^
DeleteT kasih atas advise, so skrg ni tgh nk memahami lg....slow2 nk susun jadual...nnti akn smpi kansai airport 7pg...check in time 3ptg...in between that sis suggestlh sy nk ke mn dahulu? Then kt kyoto tu kt mn tmpt yg boleh dilawati?
Deleteadik terus je naik haruka ke hostel berkenaan...barang boleh disimpan di lobi hostel sebelum check in...jgn lupa ckp kat pekerja hostel, yg adik akan check in lewat dan mintak dia hantar barang adik ke bilik terus..ambik train (guna icoca) terus ke kyoto..dalam 28 minit dr osaka..akak cadangkan adik lawat higashiyama district (area kiyomizudera) rujuk sini:http://www.japan-guide.com/e/e3959.html
Deleteabout kyoto...cadangan tempat yg mesti dilawati:
1.kiyomizudera
2.Gion (boleh tgk geisha)
3.ginkakuji/kinkakuji
4:arashiyama (mesti) ^_^
5:fushimi inari (tracking sampai puncak)
6.nanzenji
dan bayak lagi...rujuk sini: http://www.japan-guide.com/e/e2158.html
Sis..nk tanya lg ni...sorry byk soalanlh pulak...dr airport naik haruka then akan stop di tennoji station..so tgk pd direction mmg kena ambil midosuji line utk pegi ke namba....midosuji line ni sy perlu beli tiket lain or guna kansai thru pass?
Deletehaha..no problem dik.....well haritu sis ambik midosuji line dr osaka station ke namba...but dari tennoji pun boleh jugak...adik just guna icoca sahaja...touch macam Touch n Go kat mesia....kansai pass guna di awal pagi...sis cadangkan guna kat kyoto nanti.
DeleteSis...again, kalau antara satu tmpt ke satu tmpt tu mudah x bergerak dgn bas? Cnth dr kiyomizudera ke ginkakuji?
Deletesangat mudah...sistem pengangkutan kat sana...PERFECT!!
DeleteThank you so much Sis for all information, sgt2 membantu masa sy di Japan...i've a great time at Japan walaupn dlm waktu yg agak singkat..
Deletesama2.....^_^...lps ni boleh rancang pergi lagi sekali
DeleteSis, nak tanya,,,akak plan nak pegi bln 11 nie, dah cuba susun itinerary kat sana..dah book acco dkt Jhopper, Osaka. Cdgn asal nak travel day trip ke Nara and Kobe, lps tu bermlm di Station Ryokan Seiki Kyoto utk cover area Kyoto dan kembali ke Jhopper utk cover area Osaka pulak lg 2 hari. Soalan di sini, pass apa kah yg patut akak beli. terima kasih yea.
ReplyDeleteyokoso to japan....^_^...before saya cadangkan pass , boleh saya tau brapa hari akak kat osaka, kiyoto,nara dan kobe?
DeleteSalam Cik Blogger :-p,
ReplyDeleteTenkiu for the info. Disaat penin bnyk beno pass nk di guna terjumpa pencerahan di sini.
Tp masih ade soalan yang bermain dipikiran..
1) Ktorg bercadang utk memilih Kintetsu Rail Pass Wide which cover KIX to Osaka. So Haruka dh x perlu la kan?
2) Kintetsu Pass ni bnyk cover attraction place x? Sbb tgk die nye route mcm kurang memahami je..
3) Let say instead of Kintetsu ktorg amik Haruka, nanti nk redeem deposit die camno? Kitaorg naik depart kat KIX and balik ikut Nagoya.
to tell you the truth, saya tak pernah guna kintetsu, semua jawapan ni saya ambik dari laman web rasmi dia di sini
Delete:http://www.kintetsu.co.jp/foreign/english/useful/ticket/rpw1-2.html
1) yup.klu guna kintetsu, haruka dah x perlu.
2) kintetsu cover 10 places for one person.any attraction place.
3) klu dh beli kintetsu tapi tak guna langsung, boleh refund kat tmpt pembelian tiket tersebut dgn cas 500yen, tapi klu guna sikit pun, duit dikira burn, so tak boleh redeem.so klu dh beli kintetsu tak payah beli haruka.
Salam Kak. Sori kaco but hope dapat bg pencerahan nak pegi minggu depan ni. Saya yang ada tanya sebelum ni. Hehehe. Okey x kalau susunan saya macam nie? Untuk Nagoya-Osaka-Kyoto-Tokoname-Nagoya. Susunan itinerary with passes.
ReplyDelete1)Nagoya 1 hari - Shoyodu Pass 1 day - utk subway,bus and sigthseeing bus.
2) Kintetsu Rail Pass - Utk perjalanan menyeberang negeri jejauh- Nagoya-Osaka-Kyoto-Nagoya
3) Osaka 3 days - Day 1 - Osaka Unlimited Pass 1 day - utk sightseeing 1 whole day.
Day 2 - Universal Studio - beli subway biase aje without pass pergi blk 400 yen.
Day 3 - Kansai Area - beli subway biase aje without pass pergi blk 400 yen (Rinku Premium Outlet).
*sebabnya ada terbaca yang Kansai Thru Pass xleh lepas ke USJ. Betulkah?
Saya dlm dilema nak beli Kansai Thru Pass or ICOCA sbb tak banyak nk round Kansai pun.
4) Kyoto 1 day - Kyoto Sightseeing Pass Card - sbb stay sini sehari.
Okey x or saya still need that Kansai Thru Pass? Thanks. Hehe
banyaknya pass adik guna ...haha...klu akak just guna icoca je utk ke nagoya dan kansai thru pass osaka-kyoto,
Deletetapi akak tengok itinerary adik cam ok je,akak kurang familiar dgn shoyodu pass.yup,,,kansai thru pass x boleh guna utk ke USj dn Osaka castle.so kesimpulannyam klu ikut itinerary adik x payah beli icoca atau kansai thru pass,,,just beli tiket dekat mesin je
Salam sis, tq sgt sbb byk mmbantu traveller2 utk ke Jepun.. sy juga ada nk minta pndgn dr sis berkaitan trip kami disana..
ReplyDeleteutk pengetahuan sis, sy akan ke Osaka selama 4H3M bersama isteri, parents dan 4 org lg kenalan pd 22may 2015- 25 may 2015. Kami hya study melalui internet shj ttg perjalanan ke Osaka.. memandangkan sy tlh lihat sis yg bg sy amat berpengalaman dibumi jepun, sy nk minta sedikit tips dr sis,
FYI : kami ada plan kami sendiri ttg trip ini tp xtau lah samada betul atau x susunan ini..
Berikut merupkan plan kami disana
22/5 : KLIA2 - KIX (arrive 8:30am)
KIX ke Kobe
23/5 : kyoto
24/5 : Osaka aquarium + castle
25/5 : USO (Return to KLIA 11:35pm)
Soalan:
1. Adakah betul susunan trip kami dr 1st day hga last day
2. Atau adakah dr segi pemilihan tmpt tdk bersesuaian
3. Apakah train yg sewajarnya kami gunakan dr start KIX ke kobe dan seterusnya ke tmpt2 yg dinyatakan
4. Dimanakah tmpt yg boleh kami letakkan beg sewaktu kami smpai di OSAKA kerana FYI check in hotel pukul 3 pm. So, ada x tempat yg boleh kami letakkan beg setibanya disana..
5. Apakah musim sewaktu kami disana pd 22/5/2015 spring or summer
Sy mengharapkan sis dpt membantu trip kami ini agak berjalan lancar.. yg plg pntg adlh train dan juga destinasi yg ditujui.. tq sis
saya cuba membantu:
Delete1)pasal susunan trip x ada masalah sbb dekat2 je area tu...tp saya cadangkan spend lebih masa di kyoto (sgt cantik).
2)pemilihan tempat juga bergantung pd minat awk as long as masih dalam kansai its reachable using normal jr train.
3) awk ambik jr kansai airport rapid (1200 yen, 70 minit)..jgn ambik haruka sbb haruka x berhenti di osaka station.
4)letak barang di hotel yang awk telah booking.hotel di jepun menyediakan tempat meletak barang sekiranya customer datang awal sblm waktu check in.
5) 22/5 adalah awal musim panas, waktu siang suhu average 24, mlm average 15 darjah
Additional dr sy di atas , Hotel yg kami akan duduki adalah chisun inn Osaka Hommachi
ReplyDeleteCheck in pukul 3pm (22/5/2015)
tambahan:
Deletesy cadangkan awak beli icoca..boleh beli di mesin tiket di osaka station or dekat kaunter informasi kt KIX airport.just topup icoca sekiranya habis digunakan mcm touch n go.awk just guna JR train untuk ke kobe, kyoto dan di osaka saya cadangkan awk beli osaka amazing pass (one day)...lebih jimat
Tq sgt sis atas pencerahan diatas..
Deletecuma sy xberapa faham sistem train yg sis sebutkan di atas..
1) dr KIX ke hotel chisun inn osaka hommachi kena guna train JR Kansai airport rapid ye?
2) icoca pula adalah tiket utk dr mana hendak kemana?
3) osaka amazing pass boleh digunakan untuk pergi kemana dan berapa harga bg seorg?
4) Dari Hotel naik JR train utk ke KOBE, KYOTO dan OSAKA ? Agaknya tau x berapa rate harga tiket utk ke destinasi yg dinyatakan..
Tq sis.. harap sis dpt membantu
Tq sgt sis atas pencerahan diatas..
ReplyDeletecuma sy xberapa faham sistem train yg sis sebutkan di atas..
1) dr KIX ke hotel chisun inn osaka hommachi kena guna train JR Kansai airport rapid ye?
2) icoca pula adalah tiket utk dr mana hendak kemana?
3) osaka amazing pass boleh digunakan untuk pergi kemana dan berapa harga bg seorg?
4) Dari Hotel naik JR train utk ke KOBE, KYOTO dan OSAKA ? Agaknya tau x berapa rate harga tiket utk ke destinasi yg dinyatakan..
Tq sis.. harap sis dpt membantu
1) awak boleh guna JR train atau nankai trai ke osaka station.saya cadangkan JR kansai airport rapid sbb lebih laju dan selesa, haruka train lebih laju tapi haruka tak berhenti di osaka station.
Delete2)icoca tu mcm touch n go...awk isi duit dan touch pada laluan JR train destinasi yang awak nk tuju tu.
3) osaka amazing pass ni harga 2300 yen sorang, kelebihannya boleh guna subway secara percuma pada hari tersebut dan free access ke tempat berikut:
(1)Floating Garden Observatory
(2)HEP FIVE Ferris Wheel
(3)Museum of Oriental Ceramics, Osaka
(4)Osaka Science Museum
(5)Natural hot spring Naniwa no Yu
(6)Osaka Museum of Housing and Living
(7)Tombori River Cruise
(8)Dotombori ZAZA
(9)Kamigata Ukiyoe Museum
(10)Osaka Castle Museum
(11)Osaka Castle Nishinomaru Garden
(12)Osaka Museum of History
(13)Peace Osaka (Osaka International Peace Center)
(14)Entrepreneurial Museum of Challenge and Innovation
(15)Tsutenkaku Tower
(16)Shitennoji Temple (Chushingaran, Honbo Garden)
(17)Tennoji Zoo
(18)Osaka City Museum of Fine Arts
(19)Osaka Human Rights Museum (Liberty Osaka)
(20)Nagai Botanical Garden
(21)Osaka Museum of Natural History
(22)Sakuya Konohana Kan
(23)Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe
(24)Tempozan Giant Ferris Wheel
(25)Cruise Ship Santa Maria
(26)Captain Line
(27)Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observatory
(28)Osaka Suijyo Bus (Aqua-Liner)
4) rate harga train saya tak ingat la pulak selalunya antara 300-600 yen
sy akan ke osaka - kyoto - nagoya - gunung fuji(x sure kat mane) - tokyo pd october
ReplyDeleteselama 12 hari....ade cadangan x mane yg saya bole pergi n brape hari saya perlu stay kat satu satu tempat? saya bersama husband & anak 2yo. tq sis
klu nak g mount Fuji,tokyo Disneyland,tokyo skytree,tokyo solamachi mall,sensoji temple,ueno park,odaiba pki suica card memadai x? tq
ReplyDeletehai sis, tumpang tny.
ReplyDeletesy nk ke Osaka bln 8 (26/8/2017 flight smpai mlm 9.25pm hingga 30/8/2017 flight pkul 4pm). pergi dgn suami dan ank umur setahun.soalan saya,
1) musim yg sy pergi tuh summer kan?sesuai pakai baju biase2 je kan mcm duk malaysia?
2) penginapan saya dekat dgn Shimoshinjo station. so sampai KIX nk beli pass ape untuk ke tempat penginapan?
3) sampai KIX, terus ke penginapan then rehat tido.pagi esoknya nk ke Kobe,pakai pass ape? yg function pass Kobe City loop plk mcmana, and nk beli ktmane?
4) Kalau beli Osaka Amazing Pass yg unlimited tu utk 2 hari (28/8 dan 29/8) macamana utk hari last 30/8 tu?boleh suggest solution untuk sy? trmksh sis in advanced.
as salam sis..
ReplyDeleteklu nak ke shirakawago, stay kt mana sesuai?
Nagoya atau Osaka?
tq.
assalamualaikum sis. best sngt bace blog akak bleh buat review utk sy ke jepun nnti awl bulan 12. sy ad buat research dr pelbagai blog but blog akak paling membantu n lebih terperinci. sy akan ke jepun selama 7D6N or 6D5N xsure lg. plan sy, sy nak ke Kyoto, Nara, Osaka same mcm trip akak tp tambahan sy nak ke Kobe juge. Boleh akak guide sy itinerary utk ke tmpat tersebut slama 7d6n? Sbb sy masih blur utk buat plan smasa trip ke sana and pass mne yg patut sy ambik but menjimatkan sbb sy punye bajet xterlalu tinggi . And lg satu penginapan yg bersesuaian sbb kami pergi bertiga 2boy 1girl so sy mmerlukan homestay but min 2room
ReplyDeleteAssalamulaikum... Boleh meberi cdgan utk saya dan fmly seramai 6 org akan pegi ke japan..
ReplyDelete19/1/2018-24/1/2018.. Kami diosaka tmpt tinggal kami di momodani.. Dr kansai airport -shnimamiya-momodani.. Sapa dr kl ke kansai airport dlm pkul 3. 50ptg.. Apa yg kami perlu beli pass di sini.. 24/1/2018-28/1/2018. Kami dikyoto.. Dr momadani ke Kyoto dlm 54mnit.. 920yen..
Saya pulak pada 17/1-24/1 tapi area tokyo sahaja
DeleteSaya sedang berkira2 untuk ke tokyo tapi masih keliru mana nak lawati,banyak kali study utk train jepun tapi still blur, mohon bantuan sesiapa yang sudi plssss
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam..nk tnya..klau smpai ke kansai airport dh mlm..n sy nk ke ebisucho utk check in hotel...nk guna pass apa ya..mohon pencerahan..
ReplyDeleteSalam sis... Kami sampai Kansai jam 9.40pm...sempat ka naik tren ke Osaka Shin... Sebab kaunter tiket tutup jam 10pm?ada alternatif lain x?
ReplyDeleteInsyaAllah sy akan pergi dengan 2 adults, 2 childs (6y and 2y) 1 infant. Brp card sy perlu beli? And yg pamplet masa bli kad tu semua masuk free atau diskaun masuk tempat menarik?
ReplyDelete