Tuesday, December 3, 2013

LANGKAH KETIGA: BARANG YANG PERLU DI BAWA KE JEPUN(OSAKA,KYOTO DAN NARA)

ni la entri terpenting aku.baca betul2 apa yang perlu korang bawak.sebabnya kalau korang terlebih bawak barang korang akan terseksa.aku dah merasa seksaan tu so aku tak nak korang rasa seksaan tersebut.aku ingat lagi la masa aku dok bergalas dua tiga beg kat badan...tiba-tiba lalu la couple jepun.


pakwe jepun: mite2....sugei (kata pakwe jepun kepada makwenya dan tersenyum sinis)
makwe jepun.honto ni nee~(sambil melihat ke arah aku dan kawan2 aku)

meh aku translate

pakwe jepun: tengok tu...hebatnya(kata pakwe jepun kepada makwenya dan tersenyum sinis)
makwe jepun.a.ah la kan~(sambil melihat ke arah aku dan kawan2 aku)

aku yang sememangnya paham apa yang diorang kata tu pun terus buat2 tak paham...well tak leh nak buat camna sebab pergerakan aku kat jepun mmg pakai subway je (MEMANG RAMAI ORANG) terutamanya midosuji line.haha.korang tak paham kan...takpe..takpe nnt aku cerita.

tapi sebelum tu aku nak gitau korang barang apa yang perlu korang bawak (untuk 10 hari dan keatas ke jepun)-edisi musim luruh,musim sejuk ke kansai airport (KIX)

intenari aku kat jepun ialah kyoto (4hari),next nara(2 hari) next osaka(4 hari)

baju: 3 helai (sebaiknya t-shirt.tak payah nak fesyen bagai sebab pakai baju sejuk kat luar)jangan bawa banyak sbb korang boleh basuh baju siap pengering lagi,lagi satu tak peluh pun.tak payahla korang nak fesyen bagai sebab orang jepun ni fesyen lain dari kita nanti nampak pelik pulak.t-shirt kan universal.

jeans: 2 helai

tuala : kecik saja satu,tak payah nak bawak tuala besar membazir ruang.besar tuala lap peluh CUKUP.

baju dalam (girl) : 2 helai

lip balm/petroleum gel: wajib.bibir akan kering gila sebab sejuk.yang ni aku lupa bawak so aku share dengan kawan aku.

kasut: 1 pasang (yang paling tahan sbb korang kena jalan banyak,kalau tak selesa sebab nak berfesyen nanti korang terhenjut2 jalan dah kena beli kasut baru kat AVANTI pulak.jgn bawak kasut lebih,kasut yang korang pakai tu dah cukup.

barang mekap(girl): yang asas sahaja(tak payah la korang bwk banyak2,orang jepun tetap lagi cun dari korang sbb diorang buat pembedahan plastik!!! )

baju sejuk:nasihat aku beli kat sana je.lagi murah.tapi kalau yang saiz XXL ke atas sila beli kat MESIA sbb kat sana baju paling besar saiz XL sahaja.bagi yang nak beli baju sejuk korang boleh beli kat mall depan kyoto station,AVANTI.tingkat 5,nama kedai GUU.mmg murah dalam RM 60-ke RM 120 je.

mafla: 1 j(beli kat mesia kat jepun mahal gak dalam rm 33) baik pinjam atau cari je kat bundle.aku pinjam je.
sarung tangan sejuk: beli kat daiso AVANTI dalam 105 yen ataupun rm 3.30 sepasang.


korang risau tak jumpa AVANTI?  jangan risau korang sbb mmg AVANTI  ni depan2 kyoto station.tak payah jalan mmg nampak terus.dah la besar gabang.tak mungkin sesat,klu sesat juga nampak sangat pembohong.

toiletteries: tak payah bawak.cuma bawak ubat gigi je.eh pelik??korang beli je kat DAISO.DAISO kat MESIA mahal.kat sana barang DAISO dalam 105 yen satu barang lebih kurang rm 3.30 je.so korang beli berus gigi (dapat 6 batang):105 yen je,pencuci muka: 105 yen je.shampoo dengan sabun tak payah beli.mmg disediakan. kat mana nak cari DAISO.sama juga kat AVANTI.tingkat 5 sebelah kedai GUU tadi.

baby oil: kecik satu (wajib:bila sejuk kulit kering).

stokin: 4 pasang (beli giant stokin rm 1 satu)

tudung(girl): 2 helai (sebaiknya jenis tak payah iron)tudung syiria ke or lilit2 ke.pilihan korang.

makanan: tak payahla korang nak bawak megi ke,ikan bilis kering apa bagai.beli je kat LAWSON onigiri ( nasi kepal jangan risau halal.tanya pekerja tu perisa onigiri.LAWSON ni ala2 speedmart gitu.selain LAWSON korang boleh gi FAMILY MART.SEBAB APA AKU TAK BAGI BAWAK MAKANAN,JAWAPANYA SEBAB KORANG TAK SEMPAT NAK MAKAN PUN.BANYAK TEMPAT KORANG NAK LAWAT.TAK SEMPAT KORANG NAK BANCUH MEGI KE,AIR KE.AKU BELI ONIGIRI MAKAN SAMBIL JALAN.SEMUA MILO,MEGI,IKAN BILIS,DAN BERAS AKU DAN KAWAN AKU,KAMI SEDEKAH KAT REI(ORANG JEPUN YANG SEBILIK DENGAN AKU).PUNYA LETIH BAWAK LAST SKALI SEDEKAH JE.bawak la jajan sikit cam gula2 ke.specially kepada yang mulut bau cam longkang tu.elok la makan gula2 hilangkan bau.

air: tak payah la nak bawak air mineral besar2.korang beli je kat LAWSON harga 88 yen (air MINERAL bukan drinking water).dapat 2 liter.klu nak bawa juga bwk je yg 500 ml dalam beg korang.


kedai LAWSON.aku pelanggan setia tempat ni selama 10 hari kat sana.

seluar dalam: 3 helai

sikat: 1je.bawak paling kecik.

deodorent : 1 je

contact lens/spek mata/air contact lens-bawak botol paling kecik.gi tengok kat WATSON.ada jual.

pad/panty liner: secukup rasa

seluar panjang track: i helai. jadikan seluar tidur.

ubat demam/selsema/sakit perut/pening: korang gi la cari kat farmasi terdekat.

telekung: tak payah bawak.korang pakai sarung tangan,stokin,pastu solat la kat mana2.jadikan beg anda sebagai sejadah untuk kepala sahaja.islam itu agama yang mudah,kita saja suka menyusahkan diri kita.kawan aku si R******L tu,relax je solat tengah jalan la, depan rumah orang, kat taman,kat atas bukit la, kat kawasan sawah dan kat tempat yang tak mungkin kita terfikir di MESIA.aku period waktu tu seksa juga la sbb kena jalan banyak.

alat eletronik/ipad /laptop kecik: sebagai hiburan .sebab malam awal marghrib pukul 4.30 petang malam dalam pukul 5.kalau korang balik awal ke hostel bukannya faham pun TV jepun punya siaran.tapi aku selalu balik pukul 10 malam,mandi terus tido.haha.

beg tambahan: 1 yang kecil.ni khas untuk kaki shopping sourvenier yang macam nak bagi sekampung.

payung: tak payah bawak.hostel memang sediakan payung secara percuma.

kamera: penting sangat.aku tumpang guna DSLR kawan aku je.THANK YOU R******L.

KORANG MASUKKAN SEMUA BARANG TADI DALAM BEG GALAS.PLEASE LA KORANG BELI BEG GALAS YANG TAHAN LASAK.MAHAL SIKIT TAKPE.BANYAK KALI LAGI NAK GUNA.AKU BELI BEG GALAS RM 100, JENAMA DEUTER( COMFIRM TAK ORIGINAL SEBAB MURAH JE) TAPI AKU TENGOK MATERIAL DIA CAM TAHAN GILA.SO AKU BELI LA.GAMBAR KAT BAWAH TU ADALAH BEG AKU.




langkah keempat: klik sini







4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Barang2 yg di senaraikan diatas tu tidak melebihi 7 kilo ke? Bnyk info kt sini.Terima kasih bnyk2.

    Kak Nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak nurul =^^=

      berat barang kat atas bergantung kepada si pemakai la.klu betul2 backpack maybe cukup 7 kilo tanpa makanan.makanan yang memberatkan beg selalunya.saya cadangkan akak x payah ambik luggage masa pergi ke jepun, pulang dari jepun akak ambik lugage yg 20 kg.

      Delete
    2. Cerita awak ke Kansai tak habis lagi ni. Tak sabar saya menunggunya.hehe.

      Kak Nurul

      Delete
    3. hehe..sambungan tu insyaallah minggu depan @ 2 minggu depan...saya akan cerita yang terbaik utk akak ^_^

      Delete