Tuesday, December 3, 2013

Langkah keempat: Intinerary tempat tinggal (KYOTO,OSAKA dan NARA)

aku ada terbaca satu blog org putih tu dia kata"jika saya diberi peluang untuk ke jepun sekali sahaja dalam hidup ni,saya akan pilih musim luruh" tu la jawapan orang putih tu,kalau orang tanya aku plak...jawapan aku sama dengan orang putih tu ye...MUSIM LURUH ataupun AKI dalam bahasa jepun.so musim luruh kat jepun bermula awal november dan berakhir awal disember.kenapa aku tak pilih musim bunga..korang nak tengok bunga sakura kan.jawapannya mudah je..weh ko ingat pokok sakura tu banyak sgt ke kat jepun.klu ada pun sesetengah kawasan je.jepun ni bukannya belanda ada bunga tulip semua bagai.jepun ada bunga sakura je,bunga lain kurang menjadi di jepun.dan masalahnya pokok sakura hanya ada di taman2 yang dijaga rapi je,bukannya ada merata2,so rugi la...tapi kalau musim luruh,semua pokok akan luruh daunnya tak kira apa jenis pokok sekali pun.

so pendekkan bebelan aku aku nak gitau tempat tinggal aku selama 10 hari.

hari pertama: aku sampai airport kansai (KIX) pukul 10.30-11.00 malam.train/bus pun dah stop weh.jgn risau perkhidmatan train kat jepun mula pukul 5.30 pagi berakhir dalam 10.30 malam.so apa perlu aku buat.aku nak tido,aku nak mandi.aku nak wangi.ni rahsianya.mmg betul2 rahsia ni.ehem...korang boleh tido di mana kerusi menunggu,banyak weh,kosong dan selesa.bagi yang perempuan dan ada anak kecik aku cadang korang gi ke tingkat 4 pastu cari papan iklan yang tulis MALAYSIA TRULY ASIA.besar gabang papan iklan tu.belakang papan iklan tu ada surau yang sangat selesa,korang tido la kat sana walaupun tidak dibenarkan.dia siap tulis"no resting in this area".yang lelaki jangan la tidur situ,bagi la peluang kat perempuan yang lemah.yang rasa tak nak tido dan nak rehat2 sambil sembang korang boleh gi ke KANSAI LOUNGE kat tingkat 2 (selesa sangat).bayar 2600 yen untuk 6 jam.korang boleh sewa bilik ruang tamu atau main internet.nak mandi??korang mandila kat KANSAI LOUNGE NI.harga dia 300 yen skali mandi.aku tido kat surau pastu mandi kat sini.

sinilah tempat aku mandi .300 yen..semuanya sangat canggih.receptionist dia pandai cakap english.korang gi cakap kat receptionist tu pastu dia bagi raga dan kunci.aku nak bayar la kan pastu dia kata "pay after shower".kalau kat MESIA mesti la kena bayar dulu.pastu kita akan dapat bilik yang lengkap dengan hair dryer.shower kat dalam bilik tu.aku dapat bilik 5 masa tu.bilik paling besar.utungnya...haha. kan.kawan aku lagi 2 orang tak mandi sebab sejuk,mana ada sejuk,kan ada air panas,nampak sangat diorang tu malas mandi.dari kansai airport aku terus ke kyoto.

p/s:semua hostel aku tempah guna hostelworld.seminggu sebelum bertolak pihak hostel akan mintak pengesahan dari kita melalui email.sila reply email mengatakan anda sah untuk kesana.cuma GUEST HOUSE TAMURA je yang tak email comfirmation sebab hostel  ni diuruskan oleh family jepun.diorang tak berapa pandai guna email.

hari 2-hari 5: dekat sangat dengan kyoto station.dalm 7 minit jalan kaki.kalau tak nak jalan ambik subway platfrom no 1.satu stesyen je,220 yen.dari subway tu 3 minit jalan kaki.J-hoppers kyoto.hostel ni ada 4 tingkat.aku pilih 6 bed female dorm.so tingkat 4.so kena berangkat barang ke tingkat 4 la.nak wat camna bilik murah.hati-hati tangga dia curam sangat,dah la sempit.sebab tu la aku tak bagi korang bawak barang bayak2.bilik dia sangat bersih.bilik air ke,bilik mandi ke,ruang makan ke semua sangat bersih.mmg best,aku rekemen kat korang.

pemandangan hadapan J-Hoppers Kyoto

hari 6-7:dari kyoto ke nara.aku tinggal di nara 2 hari.aku tinggal kat GUEST HOUSE TAMURA.dari nara stesyen sila ambil bus ke GUEST HOUSE TAMURA.ambil bus no 51 dan berhenti kat NARA HOTEL BUS STOP.lokasi dia kat belakang NARA HOTEL.NARA HOTEL ni popular sebab hotel mahal.so pastu korang jalan dalam 3 minit dah sampai.
permandangan hadapan guest house tamura.aku paling suka guest house tamura sebab paling selesa.dah la bagi makan buah pisang kaki yang dia petik dari laman rumah free.orang jepun panggil buah pisang kaki sebagai KAKI.mesra je diorang layan kita,rasa macam rumah sendiri.GUEST HOUSE TAMURA ni adalah sejenis RYOKAN.

NAK TAHU MAKSUD RYOKAN: KLIK SINI

dari nara aku teruskan perjalanan ke osaka.bandar terbesar di daerah kansai ni.

hari 8-10: aku tinggal kat OSAKA HANA.kali ni aku untung.aku tempah bilik dorm 6 orang.tapi penuh dia bagi aku private room dengan harga dorm...aaaaa~kedamaian.osaka hana ni selesa gila.lebih selesa dari j-hoppers.dia ada 8 tingkat.jangan risau sebab dia pakai lif.yay...tak payah naik tangga.bilik aku kat tingkat 3.


osaka hana hostel.dekat je dengan osaka station.dalam 5 minit,aku jalan kaki je ke hostel ni.sambil mengendong barang yang banyak.

pastu kembali ke kansai airport.

langkah ke lima.pengangkutan aku kat sana KLIK SINI

2 comments:

  1. Salam sis....book hostel berapa lama sebelum berangkat? Sy blum beli tiket lg ...tp saja2 tgk hostel....tp majoriti dh fully booked....hhhmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tempah bulan 2-3 walaupun saya nak pergi bln 11-12. so setakat ni saya tempah 8-9 bulan lebih awal.hostel mmg cpt penuh.saya cadangkan awak email hostel yg adik nk gi tu sekiranya ada kekosongan.

      Delete